Apa itu LIABILITI?

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum..

Kita ke tajuk seterusnya. Apa maksud Liabiliti?

Liabiliti ialah hutang perniagaan kepada pihak luar dan perlu dijelaskan dalam satu-satu tempoh masa yang telah ditetapkan.

Ada berapa jenis Liabiliti?

Liabiliti juga seperti aset, terdapat DUA jenis kategori iaitu:

  1. Liabiliti Semasa
  2. Liabiliti Jangka Panjang
Beza kedua-dua jenis liabiliti ini adalah bergantung kepada tempoh bayaran balik hutang bagi sesebuah perniagaan. Liabiliti Semasa mempunyai tempoh bayar balik yang kurang dari satu tahun. Sebagai contoh adalah Pembekal belum bayar, overdraf dan belanja terakru.

Belanja terakru adalah belanja komitmen syarikat yang tertunggak seperti belanja sewa yang tertunggak dan belanja KWSP tertunggak.

Manakala Liabiliti Jangka Panjang pula mempunyai tempoh bayar balik yang lebih dari setahun, contohnya pinjaman bank untuk perniagaan dan pinjaman gadai janji seperti bangunan.

Bagaimana dengan DEBIT & KREDIT?

Ini berbeza daripada aset. Liabiliti akan bernilai KREDIT sekiranya ada pertambahan liabiliti dan akan bernilai DEBIT sekiranya ada pengurangan.

Saya tunjukkan satu situasi.

En Amran membayar ansuran pinjaman bank sebanyak RM500 pada 2 Januari.

Jadi di sini, ada pengurangan LIABILITI yang kita akan rekod dibahagian DEBIT manakala pengurangan ASET akan direkod di bahagian KREDIT



Cuba anda lakukan DEBIT & KREDIT untuk situasi berikutnya:

  1. Ali Enterprise membuat pembayaran kepada Supplier Ah Leong sebanyak RM2,000
  2. Ali Enterprise membayar tunggakan sewa selama 2 bulan sebanyak RM3,000.

Tajuk yang seterusnya adalah EKUITI PEMILIK


Jumpa nanti dalam kelas untuk perbincangan jika masih ada keraguan





Post a Comment

3 Comments

  1. yang contoh cik beri tu macam terbalik

    ReplyDelete
  2. Saya suka dengan posting ilmiah macam ni 👍👍👍

    ReplyDelete