Apa itu ASET?


Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum..

Bagi yang mengikuti Kelas Intensif "ZERO TO HERO" mendalami asas perakaunan terlebih dahulu adalah BONUS untuk anda. Di dalam kelas awalan ini, anda akan didedahkan dengan "ASAS PERAKAUNAN", memahami dan mendalami terma-terma perakaunan supaya terbiasa semasa mengendalikan software akaun nanti.

Terlebih dahulu, tidak perlu kita takut dengan perkataan akaun, sebab apa? Sebab ini akan "block" minda kita untuk terima perkara yang sebenarnya sangat mudah seperti "ASET" yang bakal saya jelaskan nanti.

Image result for Asset



Apa maksud ASET?

Aset adalah harta yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan dan digunakan bagi menjalankan aktiviti perniagaan. Bila kita kata dimiliki maksudnya dibeli oleh syarikat. Bila kata digunakan maksudnya kita beli komputer memang untuk kegunaan pekerja dan bukannya anak kita.

Ada berapa jenis ASET?

Aset terbahagi kepada DUA kategori iaitu yang pertama:
  1. Aset Tetap
  2. Aset Semasa

ASET TETAP adalah aset yang tahan lama dan digunakan dalam aktiviti harian perniagaan untuk jangka masa yang panjang dan ianya bukan untuk dijual semula. Anatara contoh ASET TETAP adalah Komputer, Bangunan, Kenderaan, Jentera, Perabot Pejabat dan Peralatan Pejabat

ASET SEMASA pula adalah aset yang boleh ditukarkan secara mudah menjadi tunai dalam jangka masa yang singkat. Apa pula contohnya?

Contohnya ialah duit Petty Cash, duit dalam akaun bank syarikat, inventori dan pelanggan belum bayar. Pelanggan belum bayar ini biasanya kita sebut "Penghutang"

Bagaimana dengan DEBIT & KREDIT?

Aset paling senanglah di mana, jika ada pertambahan aset maka kita akan rekod di bahagian DEBIT, kalau aset berkurang pula of course kita  kena kontra sebelah KREDIT.

Saya tunjukkan satu situasi.

Ali Sdn Bhd membeli mesin pencetak berharga RM500 dengan Cek pada 11 November lepas.

Jadi di sini ada pertambahan aset tetap iaitu "MESIN PENCETAK" dan pengurangan aset semasa iaitu "DUIT BANK". Makanya jurnal pembelian ini akan direkod seperti berikut:


Cuba soalan di bawah:

1. Ahmad Enterprise membeli Perabot Pejabat menggunakan duit "Petty Cash" sebanyak RM1,200.00 pada 15 Januari lepas.

2. Ahmad Enterprise menerima bayaran dari Penghutang AB Resources sebanyak RM500.

Seterusnya, sila ke tajuk LIABILITI


Semoga bermanfaat!



Post a Comment

0 Comments