Apa itu Bank Reconciliation?

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Ramai dalam kursus-kursus saya, secara online dan offline ada bertanya berkenaan Bank Reconciliation. Apa itu bank reconciliation? Apa fungsi bank reconciliation? Wajib ke buat bank reconciliation? 

Bank Reconciliation atau nama lainnya Penyata Penyesuaian Bank adalah salah satu prosedur dalam perakaunan sebelum tutup akaun. Fungsinya adalah untuk memastikan rekod syarikat dan rekod bank adalah betul dan mengapa wujudnya perbezaan nilai akaun bank dan di dalam penyata bank.

Format Bank Reconciliation


Antara sebab perbezaan itu adalah mungkin kerana adanya cek-cek keluar yang belum jelas, deposit yang perjalanan, caj bank dan juga hibah/dividen bank yang syarikat belum rekod. 

Jika bank reconciliation tidak dibuat, maka akan berlaku cek tendang atau cek tak laku kerana duit tidak cukup dalam akaun. Cek yang ditendang selain dari menjatuhkan reputasi dan kepercayaan pembekal ianya akan memberi kesan kepada syarikat. Di mana, syarikat akan di senarai hitam oleh Bank Negara Malaysia dan tidak layak untuk buka akaun di mana-mana Institusi Kewangan pun untuk satu tempoh masa.


CARA MEMBUAT BANK RECONCILIATION

Lebih mudah jika anda mempunyai sistem perakaunan tetapi jika tiada anda boleh lakukan TIGA perkara ini:

1. Rekod transaksi keluar dan masuk bank di dalam satu lejer. Anda boleh gunakan Excel untuk lebih mudah. Rekod secara bulan dan bulan.

2. Dapatkan salinan penyata bank dan bermula dari bulan pertama tahun perakaunan anda.

3. Semak penyata bank, suaikan transaksi yang ada di bank dan di lejer. Jika ada tandakan ( /)

4. Tinggalkan yang tiada di Penyata Bank

5. Salin format di atas dan masukkan transaksi tidak muncul di Penyata Bank.

Itu sahaja. Maknanya baki penyata bank tidak sama dengan baki di lejer bank sebab ada beberapa transaksi belum lagi jelas. Ini tidak termasuk transaksi yang ada tertinggal untuk direkod.



Semoga Bermanfaat! 


Post a Comment

31 Comments

  1. Salam.saya sydah key in semua amount based on bank statment..di dlm ledger.
    Dan semua transacation dah sama dlm leadger.untuk debit dan cr..salahkah jika x buat bank recon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Gee,

      Prosedur Bank Recon adalah salah satu daripada proses Full Set Accounts. Mungkin ada masalah jika anda guna software.

      Selagi anda tak buat bank recon, transaksi bank akan sentiasa appear dalam bank Reconciliation MENU.

      Delete
  2. Salam...saya dah key in semua amount based on bank statement & ledger.
    Apa saya nak buat bila di bank cheque credit tapi tiada dalam ledger begitu juga sebaliknya ada transaction Debit di Ledger tapi tiada dalam bank statement.
    2. Apa saya nak buat jika ada cheque dated 30/08 tapi appear dekat statement bulan 30/09....saya biarkan saja @ kena key in jugak dalam bulan 8....

    p/s : Saya baru belajar kena buat bank recon......Maaf jika pergunaan ayat mengelirukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bank recon ni siapa Kene buat. Ap, ar or GL?

      Delete
    2. Bank Recon dibuat untuk kita semak jika ada transaksi lejer yang tertinggal. Kalau cek clear lambat takpe, jangan tak clear langsung.

      Bank Recon ni bahagian GL atau JV yang kena buat untuk tutup akaun bulanan/tahunan

      Delete
  3. Bank statement vs Grand leger kena tolak ke tambah? pening..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depends duit tu duit keluar atau masuk. Jangan pening-2 ye ;-)

      Delete
  4. pertanyaan saya..

    Bank recon saya ada terlebih sejumlah RM 100.00 dari bank statement. semakan melalui cek, voucer, resit dah pun dibuat. semua item telah ditanda. tiada terlebih atau kurang. apa patut saya buat?

    saya newbie bab ac ni..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kena tahu anda guna sistem atau manual.
      Kalau manual, pastikan pengiraan betul.

      Jika guna software, pastikan masukkan nilai ending balance Bank Statement yang betul.

      Kebanyakkan sebab adalah kita sendiri salah tengok nombor. RM1100 kita lihat sebagai RM1000.

      Semak pelan-pelan ye

      Delete
  5. Assalamualaikum, pertanyaan saya

    saya guna system myob
    1) credit dan debit betul seperti dalam bank statement
    tapi ending balance tidak sama dalam bank statement
    kenapa jadi macam tu dan macam mana ya saya nak bagi sama?

    p/s : Maaf saya baru belajar kena buat bank recon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam

      Cuba semak semula baki awal bank di Opening balance

      Delete
  6. Assalamualaikum. .
    Saya mempunyai cheque yang belum dituntun oleh pemiutang dan tempoh sah laku cheque telah tamat... apa yang harus saya lakukan dalam system saya... perluka saya cancel sahaja Payment Voucher tersebut atau bagaimana.. jutaan terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam

      Ye perlu cancel dan buat surat "STOP PAYMENT INSTRUCTION" kepada banker anda

      Delete
  7. Salam berminat untuk membeli e-book business. company ni masih beroperasi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih Tuan. Cuma admin ada sedikit isu dengan blog. Untuk ebook, Tuan boleh pilih di katalog kami https://amanimanagement.onpay.my

      Delete
  8. ilmu yang bermanfaat . moga cik puan hazwani menggunakan ilmu yang diberi kepada yang memerlukan

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum, saya ingin bertanya

    sy guna ubs.bagaimana nk tahu yang bank reconcilation tu betul.as per bank statement kena sama dgn ending balance dalam bank statement k?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam

      Ye. Balance as per bank statement mesti sama dengan baki akhir penyata bank pada bulan tersebut. Jika tidak, kenalpasti rekod yang ada di penyata bank tetapi tiada di UBS atau redo bank reconciliation

      Selamat mencuba!

      Delete
  10. Assalamualaikum coach wani..

    saya ingin bertanya,
    di company yang sya kerja sekarang, ex-acc sebelum ni utk bank recon dia buat based kepada cash flow dan bank statement.sya sambung ikut mcm dia buat..lepas buat payment voucher(pv)dia terus msukkan amount pv tersebut dlm cash flow.. masalahnya sekarang apabila saya buat ikut step tersebut..cashflow saya jd negative sb byk pv yg xbyr lg..jd bila buat bank recon balance xsama dgn bank statement.saya buntu xtau nak buat mcm mna..coach ada jalan peneyelesaian tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam

      Kena pastikan samaada bank recon sebelum ini, dia buat betul atau tidak.

      Rekod dahulu baru recon tiada masalah. Tapi bila banyak sangat dan sukar track akan merisikokan cashflow bisnes dan rekod akaun tidak cantik

      Harap membantu

      Delete
  11. nak tanya, kalau dalam bank satement ade deduct terus mcm commission utk bank la kan, dalam account system, nk letak sebagai apa ye. saya baru belajar full set account ni

    ReplyDelete
  12. Salam.bank recon saya x tally dengan baki akhir dalam bnk statement.punca sebab ada rekod dulu2 di last year trnsaction dlm bank recon di ubs tu..mcm mana nak clearkan last year trnsaction tu..perlu delete ke?dalam bank statement tahun dulu mmg appear

    ReplyDelete
  13. Salam,
    Saya nak tanya,klu company tidak menggunakan sistem accounting Dan payment yg dikeluarkan tidak menggunakan voucher,bagaimanakah caranya UTK sy membuat bank recon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat secara manual dengan format Bank Recon atau rekod ikut asas tunai iaitu apa yang ada dalam Bank Statement. Kalau comp tiada PV, kena create the PV

      Delete
  14. Salam, coach maaf nak tanye. Sy baru belajar buat bank recon untuk company sy bru keje ni, part ending as per balance bank dlm cash book sy tak sme dgn bank statement. Sy tahu perbezaan jumlah, tpi sy tak tahu details untuk jumlah tu. Adakah sy perlu tengok chque bud ? untuk cari details itu. Sebab sy buat cash book refer dgn bank statement. Harap coach dapat membantu sy. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.
      Ya betul, kena refer dokumen PV/ chq bud/ online banking untuk semak amaun yang missing.

      Delete
  15. salam, nk tanya kalau pembayaran sewaan melalui syarikat pemfaktoran/loan bank, apa perlu saya rekod dalam sistem ya? terima kasih.

    ReplyDelete