Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Ramai dalam kursus-kursus saya, secara online dan offline ada bertanya berkenaan Bank Reconciliation. Apa itu bank reconciliation? Apa fungsi bank reconciliation? Wajib ke buat bank reconciliation? 

Bank Reconciliation atau nama lainnya Penyata Penyesuaian Bank adalah salah satu prosedur dalam perakaunan sebelum tutup akaun. Fungsinya adalah untuk memastikan rekod syarikat dan rekod bank adalah betul dan mengapa wujudnya perbezaan nilai akaun bank dan di dalam penyata bank.

Format Bank Reconciliation


Antara sebab perbezaan itu adalah mungkin kerana adanya cek-cek keluar yang belum jelas, deposit yang perjalanan, caj bank dan juga hibah/dividen bank yang syarikat belum rekod. 

Jika bank reconciliation tidak dibuat, maka akan berlaku cek tendang atau cek tak laku kerana duit tidak cukup dalam akaun. Cek yang ditendang selain dari menjatuhkan reputasi dan kepercayaan pembekal ianya akan memberi kesan kepada syarikat. Di mana, syarikat akan di senarai hitam oleh Bank Negara Malaysia dan tidak layak untuk buka akaun di mana-mana Institusi Kewangan pun untuk satu tempoh masa.


CARA MEMBUAT BANK RECONCILIATION

Lebih mudah jika anda mempunyai sistem perakaunan tetapi jika tiada anda boleh lakukan TIGA perkara ini:

1. Rekod transaksi keluar dan masuk bank di dalam satu lejer. Anda boleh gunakan Excel untuk lebih mudah. Rekod secara bulan dan bulan.

2. Dapatkan salinan penyata bank dan bermula dari bulan pertama tahun perakaunan anda.

3. Semak penyata bank, suaikan transaksi yang ada di bank dan di lejer. Jika ada tandakan ( /)

4. Tinggalkan yang tiada di Penyata Bank

5. Salin format di atas dan masukkan transaksi tidak muncul di Penyata Bank.

Itu sahaja. Maknanya baki penyata bank tidak sama dengan baki di lejer bank sebab ada beberapa transaksi belum lagi jelas. Ini tidak termasuk transaksi yang ada tertinggal untuk direkod.



Semoga Bermanfaat!