Salam Perkenalan & Salam Ukhwah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Terlebih dahulu, saya perkenalkan diri saya.
Nama saya Hazwani Abd Hamid. Lebih dikenali sebagai Coach Wani
Berasal dari Cheras, Selangor. Anak Sulung dari 5 orang adik beradik
Seorang isteri dan seorang ibu kepada cahaya mata tunggal
Saya mempunyai lulusan Ijazah SarjanaMuda Perakaunan (dengan kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Berpengalaman dalam menguruskan jabatan perakaunan, pentadbiran dan pemasaran sejak 2004 iaitu selepas tamat belajar sehingga tahun 2009
Pada tahun 2009, saya mengambil keputusan untuk membuka perniagaan sendiri sehingga kini. Saya dan team lebih memfokuskan kepada kursus dan latihan asas kepada pemilik bisnes kecil dari segi pengurusan dan perakaunan syarikat
Pengetahuan dari kuliah rasmi
Pengalaman semasa bekerja dan pengalaman peserta-peserta kursus
Menjadi ilham saya untuk menulis dan berkongsi di sini dan menjalankan beberapa siri kursus yang ada saya kongsikan di blog ini juga
Pencapaian dan kepercayaan peserta kelas kepada saya dan Team memberi peluang untuk kami mendapat pengiktirafan media massa. Alhamdulillah
Wanita Hari Ini, TV 3 - 2011 |
Apa Kata Wanita, TV 2 - 2012 |
Mingguan Malaysia - 2018 |
Bersama YTM Raja Muda Selangor, Event SAY LEAD - 2019 |
Bernama TV - 2020 |
Moga bermanfaat kepada anda yang hadir ke blog ini
Kenalkan diri anda di komen dan nyatakan perkara baru yang anda pelajari di blog ini
0 Comments