ANALISIS PENYATA KEWANGAN

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum..

Setelah kita menyediakan laporan kewangan, kita mampu menggunakan kedua-dua laporan tersebut untuk menganalisis potensi semasa syarikat. Tujuan analisis kewangan dibuat adalah untuk matlamat berikut:

  1. Membolehkan pihak pengurusan mengawal dan mengurus aktiviti perniagaan dengan lebih cekap.
  2. Membantu pihak bank membuat keputusan tentang kemudahan kredit yang dipohon.
  3. Membantu pihak pelabur membuat keputusan yang berkaitan dengan pelaburan.
  4. Membolehkan pihak pemiutang menilai kemampuan perniagaan membayar balik hutang.
Ada 3 jenis nisbah dalam analisis penyata kewangan iaitu Nisbah Keberuntungan, Nisbah Kecairan & Nisbah Kecekapan.

NISBAH KEBERUNTUNGAN

Nisbah keberuntungan mengukur kemampuan perniagaan untuk memperoleh keuntungan.

PERATUS UNTUNG KASAR ATAS KOS JUALAN

Ianya mengukur peratus penambahan pada kos barang niaga untuk mendapatkan harga jualan. Semakin tinggi peratus, semakin berkesan pengawalan kos jualan. 

Cara pengiraan: 

Untung Kasar

____________      X 100%
                         
Kos Jualan

PERATUS UNTUNG KASAR ATAS JUALAN 

Ianya mengukur keberkesanan harga dan dasar pembelian syarikat. Semakin tinggi peratus, semakin baik.


Untung Kasar

____________      X 100%
                         
Jualan Bersih


PERATUS UNTUNG BERSIH ATAS JUALAN

Ianya mengukur keberkesanan pengurusan kos operasi atau kecekapan operasi perniagaan. Semakin tinggi peratus, semakin berkesan kecekapan operasi perniagaan dari segi pengurusan kos dan perbelanjaan.

Untung Bersih

____________      X 100%
                         
Jualan Bersih

PULANGAN ATAS MODAL

Mengukur peratus untung bersih bagi setiap ringgit modal yang dilaburkan. Ini dapat menunjukkan samada untung pada sesuatu tahun itu memuaskan atau tidak. Kadar pulangan yang tinggi adalah lebih baik kerana ia menunjukkan keberkesanan pengurusan pelaburan.

Untung Bersih

____________      X 100%
                         
Modal Awal

NISBAH KECAIRAN

Nisbah kecairan pula digunakan untuk mengukur keupayaan perniagaan dalam membuat pelbagai jenis pembayaran kepada pembekal dan pinjaman bank. Ianya mampu menunjukkan keadaan mampu bayar sesebuah perniagaan.

NISBAH SEMASA

Mengukur kemampuan perniagaan untuk menjelaskan semua liabiliti semasanya. Lebih besar nisbah aset semasa berbanding liabiliti semasa, lebih kukuh keadaan kewangan perniagaan. Nisbah yang lazim diterima adalah 2:1, sekiranya kurang ianya dianggap kurangan modal kerja iaitu syarikat tidak mampu menjelaskan liabilitinya.

Sekiranya lebih juga tidak baik kerana ianya menunjukkan bahawa terlalu banyak modal terbiar dalam bentuk wang tunai atau terikat dengan Inventori

Aset Semasa  
Liabiliti Semasa

NISBAH UJIAN ASID

Mengukur kemampuan perniagaan membayar liabiliti semasa dalam jangka masa yang pendek tanpa menjual inventorinya. Inventori tidak diambil kira kerana ia sukar ditukarkan kepada bentuk tunai dengan segera.

Aset Semasa - Inventori Akhir 
       Liabiliti Semasa


Sambungan ke NISBAH KECEKAPAN untuk POST seterusnya.





Post a Comment

0 Comments