CARA KIRA UNTUNG BISNES


Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Cara paling simple nak tahu untung rugi bisnes. Dropship atau ejen paling sesuai guna kaedah ini. Bila tahu bisnes untung boleh lah restock banyak lagi 

Tak perlu tahu debit kredit langsung. 
Tak perlu hafal sifir. Hehe

Kenal tiga perkataan ini sahaja

i. Jualan
Bila customer bayar pada anda

ii. Kos Jualan
Bila anda bayar pada HQ

iii. Belanja
Bila anda guna duit bisnes untuk bayar tol, parking, belanja makan dan macam-macam lagi

Jom tengok cara nak rekod pada setiap gambar. Gambar terakhir adalah bantuan untuk anda konsisten merekod


Inilah formula untuk anda dapat tahu yang bisnes anda untung atau rugi. Kalau untung amaun jualan anda akan lebih banyak dari Kos Jualan dan Belanja, tetapi bila kos jualan dan belanja melebihi Jualan, anda sebenarnya rugi


Ini buku jualan. Bila dapat sahaja duit dari customer, rekod dalam buku ini. Tulis setiap hari supaya anda tahu target sales anda dah nak capai atau masih jauh lagi perjalanan



Ini pula buku kos jualan. Semua duit keluar yang anda transfer ke HQ, duit nak beli plastik poslaju atau anda ada print sticker khas, rekod di sini



Selain daripada bayar HQ dan kos jualan lain, anda rekod semua duit keluar di sini. Termasuk duit bayar gaji pekerja, duit anda belanja sendiri, bayar tol, belanja customer makan, bayar internet dan macam-macam lagi



Selepas itu, tiap akhir bulan jumlah kan kesemua jualan kos jualan dan belanja. Guna formula yang ada dalam gambar yang pertama tadi untuk tahu bisnes untung atau rugi


Teknik ini saya ada guide semasa program bersama OKU anjuran Yayasan Raja Muda Selangor tahun lepas dan saya bukukan dalam bentuk yang lebih santai dan lebih bersistem di dalam buku ini

Buku ini bukan hanya kita boleh track untung rugi tetapi juga track duit dalam bank dan duit tunai

InsyaAllah ada lagi stok di - http://bit.ly/BukuKiraKira



Semoga bermanfaat!



Post a Comment

0 Comments