PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum..

Untuk posting ini, kita akan ambil tahu berkenaan salah satu laporan kewangan yang popular untuk setiap entiti perniagaan iaitu "Penyata Kedudukan Kewangan". Penyata Kedudukan Kewangan atau nama lamanya Kunci Kira-Kira adalah laporan akaun yang menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan pada satu tarikh yang tertentu dan biasanya pada akhir tempoh perakaunan setiap tahun.

Penyata ini menunjukkan ringkasan kedudukan kewangan untuk ketiga-tiga elemen yang kita telah pelajari sebelum ini iaitu Aset, Liabilit & Ekuiti Pemilik. Penyata ini membolehkan pemilik atau pengurus pernigaaan memahami prestasi tahun lepas, semasa dan keseluruhan perniagaan.

Penyata ini perlulah seimbang di antara ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK dan ianya akan disediakan selepas penyedian PENYATA UNTUNG RUGI. Tujuan kita menyediakan penyata ini adalah untuk:

  1. Memastikan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan pada tempoh perakaunan tertentu
  2. Menunjukkan kemampuan perniagaan menjelaskan liabiliti semasa.
  3. Menunjukkan baki aset dan liabiliti perniagaan pada suatu tempoh tertentu
  4. Menunjukkan nilai Ekuiti Pemilik
Antara formulasi di dalam penyata kewangan yang kita boleh gunakan sebagai penanda aras adalah seperti berikut:

  • Modal Kerja: Aset Semasa - Liabiliti Semasa
Sekiranya, Aset Semasa > Liabiliti Semasa ini menunjukkan keupayaan syarikat membayar tanggungan adalah lebih baik.

Tajuk laporan ini kebiasaannya "Balance Sheet as of 31 Dec 2018" ataupun "Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2018"

Seterusnya, terus ke tajuk "PENYATA UNTUNG RUGI"








Post a Comment

0 Comments