Apa itu Penyata Untung Rugi atau Profit & Loss

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini, saya nak kongsikan berkenaan salah satu jenis laporan kewangan iaitu Penyata Untung Rugi atau nama lain Profit & Loss Statement atau Income Statement atau "Statement of Comprehensive Income". Walaupun, namanya lain-lain tapi format dan matlamatnya sama iaitu melihat status keuntungan atau kerugian semasa syarikat secara bulanan, suku tahunan, setengah tahun atau tahunan.



Gambar di atas merupakan Format Biasa Penyata Untung Rugi, dan saya akan jelaskan satu persatu item yang ada di dalamnya.

SALES/JUALAN

Nilai jualan yang dihasilkan oleh syarikat termasuk nilai jualan yang masih belum dibayar. Contoh: RM500,000 nilai jualan ini termasuk RM100,000 yang masih belum diterima bayarannya dari pelanggan.

COST OF GOODS SOLD/KOS JUALAN

Nilai pembelian daripada pembekal termasuk yang belum berbayar. Sama seperti jualan tadi, cumanya kos jualan adalah terhad kepada kos yang digunakan untuk menghasilkan jualan. Contoh restoran, hasil jualan adalah dari harga makanannya manakala kos jualan adalah bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan jualan.

EXPENSES / BELANJA

Kos-kos yang terlibat secara tidak langsung untuk menguruskan perniagaan sepanjang tahun berikut. Walaupun tiada jualan, perniagaan perlu juga membayar belanja tersebut. Contohnya, sewa kedai, utiliti dan gaji pekerja.

Dari situ kita dapat lihat DUA figure iaitu UNTUNG KASAR dan UNTUNG BERSIH. Untung bersih ini akan digunakan sebagai pengiraan cukai perniagaan anda.

Penyata Untung Rugi ini hanya akan menunjukkan amaun untuk tahun semasa sahaja dan tidak akan dikumpul atau dibawa untuk tahun berikutnya.



Semoga bermanfaat!





Post a Comment

20 Comments

  1. assalamualaikum.
    terima kasih share ilmu kat atas ni.

    saya nak tanya, kalau bayar beli mesin bulanan, perlu masuk dekat item mana satu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Izzati,

      Jika beli aset perlu buat journal pembelian aset.
      Bayaran bulanan perlu contra akaun loan bank (liabiliti)

      Maaf Lewat. Semoga membantu.

      Terima Kasih Singgah

      Delete
  2. Assalammualaikum ...boleh berikan penerangan ttg susutnilai asset
    perniagaan....cara penentuan peratusan susutnilai asset dan susutnilai masuk dlm kiraan profit n lost statement ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam Mamamie, Susutnilai aset merupakan item belanja dan akan dimasukkan ke dalam Profit & Loss dan balance sheet.

      Jurnal yang dilakukan setahun sekali iaitu:

      Dr Susutnilai Aset (P&L)
      Cr Susutnilai Terkumpul Aset (Balance Sheet)

      Kebiasaannya peratusan adalah:
      1. 10% untuk Peralatan pejabat, Perabot & Lengkapan
      2. 14% - 20% untuk Komputer

      Kalau syarikat Sdn Bhd, boleh rujuk dalam laporan audit syarikat.

      Semoga membantu!

      Delete
  3. Jika tidak keberatan boleh saya berhubung dgn puan secara email..mungkin byk yg saya ingin tahu..almaklum dh lama saya tinggalkn bidang perakaunan...kini kena gunakan ilmu untuk handle perakaunan perniagaan keluarga semula...email saya umiazlan89@gmail.com terima kasih😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh email kepada saya pn.hazwani@gmail.com :)

      Delete
  4. Assalamualikum Puan, sy ingin bertanya, apa yg beza penyata pendapatan & perbelanjaan dan penyata untung rugi? yg membolehkan ia related dengan imbangan duga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. Sama sahaja keduanya.

      Imbangan Duga adalah kombinasi Penyata Untung Rugi & Kunci Kira-Kira

      Delete
  5. assalam puan..sy niaga kecil-kecilan..boleh ke buat pnyata u/r stat jan-jun sahaja?

    ReplyDelete
  6. salam...saya ni baru sambung blaja n kne blaja bende ni...so saya mcm blank skit sbb mase skolah x amik course ni..so saye nk kne start dari mana ya???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham asas akaun dahulu. Biasanya setiap course mesti akan ulang balik perkara asas.
      Teruskan Usaha!

      Delete
  7. Assalam puan..kalau nk buat penyata u/r utk 2017/2018 kena buat start jan 2017 ke?utk bridal,puan blh bg contoh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Puan,

      Jika bisnes Puan dalam kategori Enterprise, rekod transaksi bisnes dari Januari sehingga Disember.

      Delete
    2. Maaf bertanya puan, jika kita memulakan bisnes pada bulan Julai, adakah perlu cukup setahun atau Julai - Disember sahaja? Perniagaan jenis Enterprise

      Delete
    3. Untuk tahun pertama, mula dengan Julai - Disember 2020

      Delete
  8. Sya nk email dgn puan... ni Email sya.. rasidahmimiey87@gmail.com
    Bnyk benda yg peelu belajar dri skrg.terutama psl akaun bisnes???
    .

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum puan, untuk akaun lengkap kita perlukan profit & loss selain tu apa lagi ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Sekurang-kurangnya kita patut ada Kunci Kira-Kira dan Penyata Untung Rugi

      Delete