Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Ramai dalam kursus-kursus saya, secara online dan offline ada bertanya berkenaan Bank Reconciliation. Apa itu bank reconciliation? Apa fungsi bank reconciliation? Wajib ke buat bank reconciliation?
Bank Reconciliation atau nama lainnya Penyata Penyesuaian Bank adalah salah satu prosedur dalam perakaunan sebelum tutup akaun. Fungsinya adalah untuk memastikan rekod syarikat dan rekod bank adalah betul dan mengapa wujudnya perbezaan nilai akaun bank dan di dalam penyata bank.
Bank Reconciliation atau nama lainnya Penyata Penyesuaian Bank adalah salah satu prosedur dalam perakaunan sebelum tutup akaun. Fungsinya adalah untuk memastikan rekod syarikat dan rekod bank adalah betul dan mengapa wujudnya perbezaan nilai akaun bank dan di dalam penyata bank.
Format Bank Reconciliation |
Antara sebab perbezaan itu adalah mungkin kerana adanya cek-cek keluar yang belum jelas, deposit yang perjalanan, caj bank dan juga hibah/dividen bank yang syarikat belum rekod.
Jika bank reconciliation tidak dibuat, maka akan berlaku cek tendang atau cek tak laku kerana duit tidak cukup dalam akaun. Cek yang ditendang selain dari menjatuhkan reputasi dan kepercayaan pembekal ianya akan memberi kesan kepada syarikat. Di mana, syarikat akan di senarai hitam oleh Bank Negara Malaysia dan tidak layak untuk buka akaun di mana-mana Institusi Kewangan pun untuk satu tempoh masa.
Jika bank reconciliation tidak dibuat, maka akan berlaku cek tendang atau cek tak laku kerana duit tidak cukup dalam akaun. Cek yang ditendang selain dari menjatuhkan reputasi dan kepercayaan pembekal ianya akan memberi kesan kepada syarikat. Di mana, syarikat akan di senarai hitam oleh Bank Negara Malaysia dan tidak layak untuk buka akaun di mana-mana Institusi Kewangan pun untuk satu tempoh masa.
CARA MEMBUAT BANK RECONCILIATION
Lebih mudah jika anda mempunyai sistem perakaunan tetapi jika tiada anda boleh lakukan TIGA perkara ini:
1. Rekod transaksi keluar dan masuk bank di dalam satu lejer. Anda boleh gunakan Excel untuk lebih mudah. Rekod secara bulan dan bulan.
2. Dapatkan salinan penyata bank dan bermula dari bulan pertama tahun perakaunan anda.
3. Semak penyata bank, suaikan transaksi yang ada di bank dan di lejer. Jika ada tandakan ( /)
4. Tinggalkan yang tiada di Penyata Bank
5. Salin format di atas dan masukkan transaksi tidak muncul di Penyata Bank.
Itu sahaja. Maknanya baki penyata bank tidak sama dengan baki di lejer bank sebab ada beberapa transaksi belum lagi jelas. Ini tidak termasuk transaksi yang ada tertinggal untuk direkod.
Semoga Bermanfaat!
1. Rekod transaksi keluar dan masuk bank di dalam satu lejer. Anda boleh gunakan Excel untuk lebih mudah. Rekod secara bulan dan bulan.
2. Dapatkan salinan penyata bank dan bermula dari bulan pertama tahun perakaunan anda.
3. Semak penyata bank, suaikan transaksi yang ada di bank dan di lejer. Jika ada tandakan ( /)
4. Tinggalkan yang tiada di Penyata Bank
5. Salin format di atas dan masukkan transaksi tidak muncul di Penyata Bank.
Itu sahaja. Maknanya baki penyata bank tidak sama dengan baki di lejer bank sebab ada beberapa transaksi belum lagi jelas. Ini tidak termasuk transaksi yang ada tertinggal untuk direkod.
Semoga Bermanfaat!
31 Comments
thankyou. manfaat
ReplyDeleteMy pleasure isya.
DeleteThanks for dropping by.
Salam.saya sydah key in semua amount based on bank statment..di dlm ledger.
ReplyDeleteDan semua transacation dah sama dlm leadger.untuk debit dan cr..salahkah jika x buat bank recon
Salam Gee,
DeleteProsedur Bank Recon adalah salah satu daripada proses Full Set Accounts. Mungkin ada masalah jika anda guna software.
Selagi anda tak buat bank recon, transaksi bank akan sentiasa appear dalam bank Reconciliation MENU.
Salam...saya dah key in semua amount based on bank statement & ledger.
ReplyDeleteApa saya nak buat bila di bank cheque credit tapi tiada dalam ledger begitu juga sebaliknya ada transaction Debit di Ledger tapi tiada dalam bank statement.
2. Apa saya nak buat jika ada cheque dated 30/08 tapi appear dekat statement bulan 30/09....saya biarkan saja @ kena key in jugak dalam bulan 8....
p/s : Saya baru belajar kena buat bank recon......Maaf jika pergunaan ayat mengelirukan..
Bank recon ni siapa Kene buat. Ap, ar or GL?
DeleteBank Recon dibuat untuk kita semak jika ada transaksi lejer yang tertinggal. Kalau cek clear lambat takpe, jangan tak clear langsung.
DeleteBank Recon ni bahagian GL atau JV yang kena buat untuk tutup akaun bulanan/tahunan
Bank statement vs Grand leger kena tolak ke tambah? pening..
ReplyDeleteDepends duit tu duit keluar atau masuk. Jangan pening-2 ye ;-)
Deletepertanyaan saya..
ReplyDeleteBank recon saya ada terlebih sejumlah RM 100.00 dari bank statement. semakan melalui cek, voucer, resit dah pun dibuat. semua item telah ditanda. tiada terlebih atau kurang. apa patut saya buat?
saya newbie bab ac ni..tq
Saya kena tahu anda guna sistem atau manual.
DeleteKalau manual, pastikan pengiraan betul.
Jika guna software, pastikan masukkan nilai ending balance Bank Statement yang betul.
Kebanyakkan sebab adalah kita sendiri salah tengok nombor. RM1100 kita lihat sebagai RM1000.
Semak pelan-pelan ye
Assalamualaikum, pertanyaan saya
ReplyDeletesaya guna system myob
1) credit dan debit betul seperti dalam bank statement
tapi ending balance tidak sama dalam bank statement
kenapa jadi macam tu dan macam mana ya saya nak bagi sama?
p/s : Maaf saya baru belajar kena buat bank recon
Walaikumsalam
DeleteCuba semak semula baki awal bank di Opening balance
Assalamualaikum. .
ReplyDeleteSaya mempunyai cheque yang belum dituntun oleh pemiutang dan tempoh sah laku cheque telah tamat... apa yang harus saya lakukan dalam system saya... perluka saya cancel sahaja Payment Voucher tersebut atau bagaimana.. jutaan terima kasih
Waalaikumsalam
DeleteYe perlu cancel dan buat surat "STOP PAYMENT INSTRUCTION" kepada banker anda
Salam berminat untuk membeli e-book business. company ni masih beroperasi ke?
ReplyDeleteMasih Tuan. Cuma admin ada sedikit isu dengan blog. Untuk ebook, Tuan boleh pilih di katalog kami https://amanimanagement.onpay.my
Deleteilmu yang bermanfaat . moga cik puan hazwani menggunakan ilmu yang diberi kepada yang memerlukan
ReplyDeleteInsya-Allah.
Deleteassalamualaikum, saya ingin bertanya
ReplyDeletesy guna ubs.bagaimana nk tahu yang bank reconcilation tu betul.as per bank statement kena sama dgn ending balance dalam bank statement k?
Waalaikumsalam
DeleteYe. Balance as per bank statement mesti sama dengan baki akhir penyata bank pada bulan tersebut. Jika tidak, kenalpasti rekod yang ada di penyata bank tetapi tiada di UBS atau redo bank reconciliation
Selamat mencuba!
Assalamualaikum coach wani..
ReplyDeletesaya ingin bertanya,
di company yang sya kerja sekarang, ex-acc sebelum ni utk bank recon dia buat based kepada cash flow dan bank statement.sya sambung ikut mcm dia buat..lepas buat payment voucher(pv)dia terus msukkan amount pv tersebut dlm cash flow.. masalahnya sekarang apabila saya buat ikut step tersebut..cashflow saya jd negative sb byk pv yg xbyr lg..jd bila buat bank recon balance xsama dgn bank statement.saya buntu xtau nak buat mcm mna..coach ada jalan peneyelesaian tak
Waalaikumsalam
DeleteKena pastikan samaada bank recon sebelum ini, dia buat betul atau tidak.
Rekod dahulu baru recon tiada masalah. Tapi bila banyak sangat dan sukar track akan merisikokan cashflow bisnes dan rekod akaun tidak cantik
Harap membantu
nak tanya, kalau dalam bank satement ade deduct terus mcm commission utk bank la kan, dalam account system, nk letak sebagai apa ye. saya baru belajar full set account ni
ReplyDeleteLetak sebagai Bank charges
DeleteSalam.bank recon saya x tally dengan baki akhir dalam bnk statement.punca sebab ada rekod dulu2 di last year trnsaction dlm bank recon di ubs tu..mcm mana nak clearkan last year trnsaction tu..perlu delete ke?dalam bank statement tahun dulu mmg appear
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSaya nak tanya,klu company tidak menggunakan sistem accounting Dan payment yg dikeluarkan tidak menggunakan voucher,bagaimanakah caranya UTK sy membuat bank recon?
Boleh buat secara manual dengan format Bank Recon atau rekod ikut asas tunai iaitu apa yang ada dalam Bank Statement. Kalau comp tiada PV, kena create the PV
DeleteSalam, coach maaf nak tanye. Sy baru belajar buat bank recon untuk company sy bru keje ni, part ending as per balance bank dlm cash book sy tak sme dgn bank statement. Sy tahu perbezaan jumlah, tpi sy tak tahu details untuk jumlah tu. Adakah sy perlu tengok chque bud ? untuk cari details itu. Sebab sy buat cash book refer dgn bank statement. Harap coach dapat membantu sy. Terima kasih.
ReplyDeleteWsalam.
DeleteYa betul, kena refer dokumen PV/ chq bud/ online banking untuk semak amaun yang missing.
salam, nk tanya kalau pembayaran sewaan melalui syarikat pemfaktoran/loan bank, apa perlu saya rekod dalam sistem ya? terima kasih.
ReplyDelete