GST INPUT & GST OUTPUT

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum




Pada April 2018 ini, genap 3 tahun GST diperkenalkan. Seharusnya kita semakin lebih mahir dalam perkara-perkara asas GST. Kalau masuk Universiti, kita sudah pun bergelar Graduan.

Tapi malangnya, saya merasa sedih melihat ramai lagi syarikat-syarikat di luar sana ambil enteng perkara ini? Membiarkan pekerja yang tidak mahir mencari sendiri solusi berkenaan GST yang mana ini secara tidak langsung akan meningkatkan risiko syarikat dikenakan penalti apabila berlakunya kesalahan.

Rela langgar dinding kerana tidak mahu ambil tahu! (Kan cikgu dah marah.. huhu) Tapi takpelah syarikat tu, syarikat anda. Duit penalti yang dibayar pun duit anda juga.

Untuk yang mahu belajar, hari ini saya nak kongsikan perkara asas tentang GST. Ada dua elemen dalam GST yang penting iaitu GST Output & GST Input.

GST Output adalah GST yang anda kenakan kepada pelanggan anda. Setiap duit jualan mesti dikenakan GST dengan portion 6% walaupun ianya bukan perniagaan utama syarikat.
Jadi, setiap duit yang syarikat terima atas jualan hendaklah ada portion 6% kepada pihak Kastam samada termasuk dalam harga jualan ataupun tidak.


GST Input pula adalah GST yang anda bayar kepada pembekal ataupun pembelian-pembelian lain atas urusan perniagaan. Kesemua GST yang anda bayar, anda layak tuntut bagi mengurangkan GST Output yang sebelum ini saya terangkan.

Contoh: Pembelian alat tulis, pembelian stok jualan dan pembayaran utiliti premis. Kesemua amaun GST yang diclaim mesti sama seperti dalam resit pembekal tersebut.

Tuntutan GST ini perlu dipatuhi beberapa syarat. Jangan syok sangat untuk claim nanti diri sendiri merana.

Syarat untuk Claim GST PENUH:

  1. Nama dalam Invois mesti nama syarikat Anda
  2. Invois yang anda terima mestilah "FULL TAX INVOICE"
  3. Perbelanjaan yang terlibat bukan-nya "PERBELANJAAN YANG TIDAK LAYAK"
Anda boleh claim GST jika tiada No 1 & 2 dengan syarat, jumlah maksimum yang anda boleh claim hanyalah RM30.00 sahaja. Invois yang tiada kedua-dua item tersebut dikenali sebagai "SIMPLIFIED TAX INVOICE".

Kalau nak claim juga? Rajin-rajinlah pergi ke "Customer Service" syarikat tersebut dan mohon "FULL TAX INVOICE". Mudah kan? :-)

PERBELANJAAN TIDAK LAYAK boleh baca POST saya sebelum ini di =) PERBELANJAAN TIDAK LAYAK

Semoga bermanfaat!




Post a Comment

4 Comments

  1. Salam. Puan, terima kasih tips2 berkaitan GST yang puan kongsikan. Syarikat sya bekerja baru shaja mendaftar GST. Berkuatkuasa 1 Mac 2018. Tempoh bercukai pertama yang perlu dikemukakan adalah 1 march - 31 march sahaja dan perlu dikemukan sebelum 30 April 2018. Diharap puan dapat berkongsi tips untuk merekod GST untuk permulaan ini dan
    Saya ingin bertanya kepada puan, jadi bermakna untuk tuntutan GST saya saya perlu merekod invoice spanjang march saja kan? Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Ye. Invois Jualan sepanjang Mac. Invois Belian boleh rekod dalam bulan Mac atau selepas buat pembayaran.

    ReplyDelete
  3. Assalam puan.. Saya pengguna nk tny boleh ke pekedai guna resit biasa n letak gst dlm resit tu.. Bukan ke ada software ttentu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. Boleh takde masalah. Cuma kena pastikan syarikat tersebut layak kutip GST

      Delete