Teks: Hazwani Abd Hamid

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ini saya akan share topik berkenaan GST, bagaimana cara kita untuk mengiranya secara manual. Boleh ke? Mesti lah boleh tetapi kena padankan dengan dokumen sebagai bukti. Jadi, saya akan kongsikan langkah demi langkah untuk anda kira GST secara manual.

ASINGKAN DOKUMEN BISNES ANDA


Bagi memastikan rekod dibuat dengan betul, anda perlu adakan 3 jenis fail berikut iaitu:


  1. Fail Invois Jualan - Setiap Invois kepada pembeli adalah WAJIB anda simpan dan mengikut susunan nombor. Pastikan Invois anda adalah salinan yang sama diberikan kepada pembeli dan mengikut format GST yang dibenarkan.
  2. Fail Invoice Belian - Invois pembekal yang dikenakan GST boleh dituntut, makanya setiap Invois tersebut perlu disusun mengikut tarikh belian dibuat. Pastikan syarikat tersebut benar-benar berdaftar dengan Kastam dan jumlah yang dituntut adalah betul iaitu 6% dan barangan itu adalah barangan "Standard Rated Supply"
  3. Fail Invoice Tunai - Kebiasannya resit-resit petrol, kedai runcit dan restoran disertakan di dalam claim pengarah atau supervisor. Makanya, anda boleh asingkan untuk tujuan tuntutan GST setiap bulan atau suku tahunan. Pastikan "simpilified tax invoice" yang melebihi RM30 anda tuntut "Full Tax Invoice" dari syarikat yang terbabit.
Fail-fail ini perlu disusun berasingan mengikut period yang anda perlu hantar ke Kastam samaada sebulan sekali ataupun tiga bulan sekali. Ini bagi memudahkan pihak berwajib melakukan semakan atau lawatan untuk kerja-kerja audit.

REKOD GUNA EXCEL

Setelah siap semua dokumen anda letak dalam fail yang betul, anda boleh mula kira GST secara manual. Sebelum itu, anda perlu tahu kod-kod GST yang biasanya digunakan. Anda perlu gunakan secara betul dan jika salah anda boleh dikatakan melakukan fraud oleh pihak Kastam.

Perekodan manual adalah digalakkan untuk anda menggunakan Excel sebagai medium. Tidak kira bagaimana format yang mahu anda guna tetapi perkara-perkara yang disenaraikan dibawah perlu ada dalam kiraan manual anda iaitu:

  1. Tarikh - Letak tarikh dokumen yang betul dan hanya masukkan Invois yang berkenaan sahaja. Invois jualan bertarikh Januari perlu ada pada bulan Januari sahaja.
  2. Nama Syarikat - Pastikan nama syarikat di"declare" dengan betul & jika anda menuntut GST, pastikan syarikat itu benar-benar berdaftar dengan KASTAM.
  3. No Invois - Masukkan No Invois yang sama dokumen yang anda filing. Lakukan semakan ulangan supaya anda tidak merekod satu invois lebih dari sekali
  4. Amaun GST - Amaun GST yang anda tuntut juga perlulah betul kiraanya iaitu 6% dan sama dengan dokumen yang anda rujuk. Jika kiraan GST adalah berbeza, anda perlu rujuk dengan pembekal untuk pembetulan.
  5. Kod GST - GST Ouput adalah nilai GST yang anda kutip dari pelanggan, manakala GST Input adalah nilai GST yang anda bayar kepada pembekal atau dengan kata lain GST boleh tuntut.
  6. Rumusan - Dalam kolum rumusan ini anda akan tahu samaada syarikat anda perlu bayar GST atau boleh tuntut GST.
CUKAI OUTPUT
CUKAI INPUT

SUMMARY
Mudah bukan? Namun perekodan manual ini tidak digalakkan untuk syarikat yang mempunyai transaksi yang banyak dan melibatkan belian atau jualan dari luar negara. 

Nak template GST ini? Tinggalkan email & nama anda di komen di bawah.


Semoga Bermanfaat! Kongsikan di FB anda & TAG FB: Kursus Akaun Bisnes ;-)

IG: kelas_akaun_bisnes
IG: amssb_official