Cara Merekod GST Import dalam MYOB

Bismillah..

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini saya kongsikan, salah satu topik dalam kelas MYOB - GST yang kami anjurkan di Amani Management Services.

Kebiasaanya, Syarikat akan membayar Cukai GST Import dalam 2 keadaan iaitu kepada pihak KASTAM secara terus atau kepada Syarikat Pengangkutan yang bertanggungjawab memindahkan barang anda dari Pelabuhan ke destinasi seterusnya.

Cara merekod apabila telah menerima Invoice - Syarikat Pengangkutan


Jumlah yang perlu direkodkan adalah nilai yang diimport iaitu setelah KASTAM tukarkan nilai luar negara ke dalam RM, dan sistem akan secara automatik memasukkan nilai cukai ke dalam akaun cukai input dibawah kategori IM.

Anda boleh rujuk Borang Kastam K1 untuk nilai yang mereka telah ambilkira setelah duti import jika ada.

Bab ini akan diterangkan dengan lebih terperinci termasuk latihan merekod sehingga mahir. Kelas hanya dibuka secara Personal Coaching dan tarikh mengikut kesesuaian peserta.

Hubungi Admin => 012.44.33.226


Semoga bermanfaat!

Wani Hamid

Post a Comment

1 Comments