Merekod Petty Cash Syarikat

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Petty Cash adalah duit tunai yang disimpan oleh syarikat untuk belanja-belanja tunai yang bernilai kecil. Kebiasannya "Petty Cash" akan ditambah nilai setiap bulan dan laporan perbelanjaan akan disediakan oleh pemegang "Petty Cash" tersebut untuk rujukan dan kawalan.

Bila adanya kawalan ianya boleh mengurangkan kecurian dan kebocoran dalam perniagaan. Sekaligus membentuk pekerja yang berdisiplin dan bertanggungjawab. "Petty Cash" dan "Tuntutan Perbelanjaan" adalah perkara yang berbeza. Anda perlu menguruskan perbelanjaan "Petty Cash" mengikut kepada nilai yang diterima bukannya berbelanja lebih.

Image result for cash

SITUASI MEREKOD PETTY CASH

Serah duit petty cash kepada pekerja untuk bayar bil-bil utiliti dan belanja-belanja rencam.

Pastikan setiap bulan mereka serahkan laporan petty cash dan bandingkan dengan apa yang ada di tangan sekarang.

Apa yang perlu ada dalam laporan:

  1. Amaun yang diberi, dicatit sebagai duit masuk
  2. Catit setiap duit keluar satu persatu
  3. Kepil dokumen sebagai bukti sokongan
  4. Jumlahkan duit masuk dan tolak dengan duit keluar
  5. Nak buat apa dengan bakinya?? Return pada syarikat atau carry forward untuk bulan seterusnya.
Saya nak beri sample laporan “PETTY CASH”? 



Semoga bermanfaat!



Post a Comment

12 Comments