LHDN BAGI DISKAUN PENALTI 100%

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum. Salam Sejahtera

Anda bisnes owner?

Selama bisnes tak pernah declare cukai atau tak pernah tahu yang bisnes owner kena hantar borang cukai tiap tahun?

Berita baik bagi bisnes owner yang sebelum ini dah lama bisnes tapi tak pernah hantar borang cukai, anda mesti hantar sekarang. Tidak kira anda belum hantar 5 tahun atau 10 tahun sepanjang sebab LHDN akan bagi korang diskaun 100%. 

Program ni namanya Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 yang bakal tamat 31 May 2024. Di mana, kalau anda hantar borang cukai tahun-tahun lepas dalam tempoh ini, anda tidak akan dikenakan penalti. 

Tapi selepas PKPS takut-takut jika anda tangguh, LHDN yang akan sampai depan pintu pejabat pula. 

Bayangkan disebabkan tidak submit borang cukai, ada bisnes owner yang kena bayar penalti sama harga dengan sebijik rumah semi-D

Tika itu sudah pasti, rumah tangga mula berantakan, bergaduh suami isteri, rakan kongsi tidak bertegur sapa. Emosi mula berkecamuk dan tidak tenang. Bila emosi terganggun, macammana bisnes nak jalan? Akhirnya, bisnes yang sudah beroperasi bertahun-tahun, terpaksa ditutup tapi terpaksa bekerja juga untuk bayar hutang kepada LHDN.

Jadi, apa perlu anda buat? 
Bertindak sekarang dan mula dengan 3 langkah ini.

LANGKAH PERTAMA

Trace bil, invois, resit, penyata bank bisnes dan kumpul di satu tempat ikut tahun. Untuk bab asas dokumen bisnes dan daftar nombor fail cukai, anda boleh refer buku ini >> BUKU UEGK <<

LANGKAH KEDUA

Siapkan laporan kewangan iaitu Penyata Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira. Buat sendiri lebih cepat dan jimat tapi kalau anda ada bajet lebih boleh upah Akauntan yang dekat dengan lokasi anda.

Jika nak belajar dan dapat template excel berformula, boleh join >> KELAS AKAUN SAYA <<

LANGKAH KETIGA

Isi borang cukai menggunakan e-filing. Pastikan anda telah daftar fail cukai dan dapatkan nombor pin e-filing untuk akses masuk. Untuk bab ini pun ada saya ajar dalam PAKEJ DIAMOD dalam >> KELAS AKAUN SAYA <<

Ini salah satu perkongsian daripada student saya sebelum ini.

Jalan sudah terbuka buat kita, pastikan kita ambil peluang ini dan jalankan bisnes dengan tenang pada masa hadapan. 

Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa


Post a Comment

0 Comments