Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah.. Assalammualaikum. Saalam Sejahtera
Hari ini saya nak kongsikan beberapa tugasan majikan yang rata-rata majikan baru terlepas pandang. Anda adalah seorang majikan bila mana mula menggajikan walaupun seorang pekerja.
Ini adalah 8 tugas majikan yang anda wajib tahu dan laksanakan
TUGASAN PERTAMA
Sediakan surat tawaran kerja pada hari pertama mereka bekerja
TUGASAN KEDUA
Menyediakan fail khas untuk segala dokumen peribadi pekerja daripada salinan kad pengenalan, resume, sijil dan sebagainya
TUGASAN KETIGA
Melunaskan pembayaran gaji dalam masa 7 hari dari cut-off time kerja. Jika cut-off time kerja adalah pada 30 haribulan, maka sebelum 7hb berikutnya anda perlu membayar gaji kepada mereka
TUGASAN KEEMPAT
Menolak caruman KWSP, PERKESO dan SIP daripada gaji kasar pekerja dan pekerja hanya akan menerima bayaran gaji bersih sahaja
TUGASAN KELIMA
Majikan akan menggabungkan caruman pekerja dan caruman majikan untuk dibayar kepada KWSP dan PERKESO pada atau sebelum 15hb bulan berikutnya
TUGASAN KEENAM
Menyediakan slip gaji setiap pekerja pada setiap bulan tanpa diminta
TUGASAN KETUJUH
Menyediakan penyata EA iaitu penyata gaji tahunan mengikut format LHDN kepada pekerja pada atau sebelum 28 Feb setiap tahun berikutnya
TUGASAN KELAPAN
Menghantar borang cukai E kepada LHDN pada atau sebelum 31 Mac setiap tahun untuk laporan pendapatan kesemua pekerja yang digajikan oleh bisnes.
Moga bermanfaat!
0 Comments