Sdn Bhd Hanya Indah Khabar Dari Rupa

Teks: Hazwani Abd Hamid

"Indah khabar dari rupa"


Source: Freepik.com

Betul ke Sdn Bhd ini indah khabar dari rupa. Banyak impian besar apabila membuat keputusan untuk menubuhkan Sdn Bhd tetapi mengapa apa yang diimpikan sukar terlaksana

Saya lihat isu ini timbul apabila bakal Pengarah salah mengerti beberapa perkara penting yang berkaitan syarikat yang dimilikinya. 

Anda perlu sedar bahawa:

1 - Menubuhkan Sdn Bhd tidak bermakna anda lebih mudah untuk mencipta keuntungan.
Anda tetap juga perlu berusaha untuk mencari pelanggan dan terus mengekalkan pelanggan supaya mereka terus membeli dengan syarikat anda lagi

2 -  Bagi memastikan anda mahu mencapai matlamat cukai yang rendah, anda juga perlu memastikan keuntungan kena cukai anda melebihi RM150,000* setahun. Jika tidak, kadar cukai syarikat anda akan lebih tinggi daripada Enterprise

3 - Melantik pihak ketiga seperti Setiausaha Syarikat, Akauntan dan Auditor, tidak bermakna anda harus melepaskan 100% tanggungjawab syarikat kepada mereka. Anda juga harus tahu, apa peranan mereka dan setakat mana mereka akan membantu syarikat anda dari segi pematuhan

4/ Pihak ketiga ini tidak membantu anda secara percuma. Anda perlu melantik sendiri pihak ketiga ini dan membayar upah atas perkhidmatan yang diberikan.

5/ Menubuhkan Sdn Bhd tidak akan membatalkan Enterprise secara automatik kerana kedua-duanya adalah entiti yang berbeza. Umpama anda menubuhkan satu lagi perniagaan lain.

Bila mindset awal sudah betul, lebih mudah akan mahu mengemudikan syarikat.

Moga bermanfaat!

Isnin 
21 Mac 2022

Post a Comment

0 Comments