URUS EMOSI PEMILIK DENGAN GAJI YANG CUKUP

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sebagai pemilik bisnes owner, kita seringkali cuba untuk mengikat perut untuk kejayaan bisnes tetapi kadang-kala kita lupa yang kita perlu menguruskan emosi supaya bisnes boleh berjalan dengan lancar

Untuk pastikan emosi pemilik bisnes terurus, anda perlu lakukan 5 perkara ini:

1. Gaji yang mencukupi untuk menguruskan kewangan peribadi pemilik

2. Pemilik dan bisnes mempunyai simpanan kecemasan yang mencukupi iaitu minimum 6 bulan di Tabung Haji atau ASB

3. Mencarum ke dalam akaun KWSP, PERKESO dan SIP supaya dapat manfaat simpanan dan perlindungan, di samping pelepasan cukai

4. Mendapatkan perlindungan takaful untuk tujuan pelupusan hutang, penggantian pendapatan dan kad perubatan. Lagipun, anda bakal dapat pelepasan sehingga RM3,000 untuk Insurans Nyawa dan RM3,000 lagi untuk insurans perubatan



5. Mencari ilmu cari duit supaya gaji pemilik dan segala komitmen perniagaan mampu dibayar tanpa culas


Dengan emosi yang terurus, anda akan lebih kreatif untuk menjalankan bisnes dan bisnes juga akan lebih berkembang. Begitulah kesannya emosi kepada bisnes. 

Jadi jaga emosi anda, dan kekal tenang kerana yang tenang sahaja akan menang

Semoga bermanfaat!

 

Post a Comment

0 Comments