Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Program Subsidi Upah (PSU) adalah bantuan kewangan daripada kerajaan kepada majikan bagi meringkan beban operasi perniagaan terutama sekali dalam upah pekerja
Dengan adanya subsidi upah ini yang dibayar melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO) anda hanya perlu membayar baki upah bulanan kepada pekerja sahaja
Contohnya:
Upah sebulan pekerja adalah RM1200
Subsidi Upah sebulan RM600 yang dibayar ke akaun majikan
Anda hanya perlu membayar RM600 sahaja menggunakan duit syarikat
Permohonan PSU ini boleh dilakukan secara online di portal dengan beberapa syarat berikut, iaitu:
i. Anda seorang majikan yang berdaftar dengan PERKESO & SSM
ii. Syarikat mempunyai pekerja yang bergaji bawah RM4,000 sebulan
iii. Penurunan jualan atau pendapatan sebanyak 30% berbanding bulan yang sama sebelum PKP iaitu tahun 2019
Kini, PSU ini telah pun memasuki Fasa 3.0 iaitu dibawah program PEMERKASA dan permohonan bakal tamat ada 31 Julai 2021 dan Fasa 4.0 pula akan bersambung di bawah program PEMULIH pula
Di bawah PEMULIH, syarat lebih dilonggarkan iaitu:
i. Semua pekerja layak walaupun bergaji RM4,000 keatas
ii. Had bilangan pekerja adalah 500 orang tidak kira berapa jumlah keseluruhan
Dengan kelonggaran ini, lebih banyak pekerja berpeluang untuk menerima subsidi ini sebanyak RM600 selama 4 bulan untuk mengurangkan beban kewangan semasa
Permohonan untuk PSU ini boleh dibuat secara online melalui portal berikut ==> https://psu.perkeso.gov.my
0 Comments