Permohonan i-citra KWSP - PEMULIH

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Sebagai usahawan, setiap keputusan kewangan yang di buat sedikit sebanyak akan mempunyai kesan kepada kewangan bisnes 


Bulan ini sahaja 4 keputusan bisnes perlu anda buat dengan cepat dan tepat supaya ianya mampu meminimumkan risiko kewangan perniagaan anda iaitu:

1- Moratorium

2- Geran Khas Prihatin (GKP)

3- i-citra KWSP

4- Program subsidi upah


Anda boleh lihat posting saya sebelum ini berkenaan moratorium dan GKP di link berikut:

 i. GKP - Maklumat Geran Khas Prihatin

ii. Moratorium - Moratorium 4.0


Di post ini, saya akan kongsikan berkenaan i-citra dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Di bawah program PEMULIH yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini, akan boleh mengeluarkan duit di dalam tabung KWSP yang diperkenalkan sebagai i-citra selepas i-lestari dan i-sinar


5 perkara yang perlu anda tahu berkenaan i- sinar adalah:


1/ Pengeluaran dari tabung KWSP sebanyak RM1,000 selama 5 bulan bermula Ogos ini iaitu berjumlah RM5,000

2/ Permohonan perlu dibuat bermula 15 Julai sehingga 30 September 2021 ini secara dalam talian di sini - https://icitra.kwsp.gov.my

3/ Anda hendaklah merupakan ahli KWSP dan berumur bawah 55 tahun dan mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 pada tarikh permohonan

4/ Pengeluaran ini tertakluk kepada berapa baki di dalam akaun KWSP anda dan minimum pengeluaran adalah RM50 dengan menggunakan Akaun 1 dahulu, kemudian Akaun 2




5/ Anda boleh memohon untuk i-citra walaupun anda telah memohon i-lestari dan i-sinar sebelum ini, asalkan baki di dalam akaun KWSP adalah mencukupi



Semoga urusan anda dipermudahkan dan kita sama-sama menang dalam perang memerangi covid19. Jangan berhenti berdoa kerana senjata yang ampuh adalah doa kepada yang maha esa


Moga bermanfaat!




Post a Comment

0 Comments