Nak ambil Moratorium atau tidak?


Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Di bawah program PEMULIH yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, ini adalah kali kedua moratorium ditawarkan sejak PKP yang pertama. Soalnya kita perlu ambil atau sebaliknya




Sebenarnya tiada yang betul dan salah, ianya bergantung kepada poket anda sendiri
Buatlah keputusan untuk diri sendiri dan keluarga, jangan ikut orang lain. 


Saranan saya, sila ambil jika:

1/ Anda masih belum ada saving 6 bulan ke atas

2/ Boleh disiplin simpan duit lebihan untuk langsaikan hutang jahat selepas habis moratorium nanti

3/ Pekerjaan atau bisnes anda berisiko untuk ditutup atau berlaku pengurangan pendapatan apabila covid ini masih berlarutan

Anda perlu memohon moratorium ini dan kelulusan akan diberikan secara automatik tanpa melihat kepada rekod anda sebelum ini

Sebelum ambil keputusan, semak dengan bank dan mereka yang pakar dalam bidang kewangan. 

Banyak lagi info kewangan dan bisnes di ==> bit.ly/GroupUrusBiz


Moga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments