GERAN KHAS PRIHATIN

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Sebagai peniaga, tentunya ada sudahpun menerima Geran Khas Prihatin (GKP) beberapa kali sejak bermulanya PKP yang pertama

Kini di bawah program PEMULIH, kerajaan mengumumkan untuk pemberian GKP 4.0 sebagai tambahan kepada peniaga


GKP adalah bantuan kewangan secara one off daripada kerajaan kepada Perniagaan Kecil & Sederhana (PKS) Mikro. Dengan bantuan kewangan ini, usahawan mempunyai modal tambahan untuk mengembangkan bisnes atau memastikan kelangsungan perniagaan mereka


Anda perlulah mendaftar di portal online GKP sekiranya belum pernah mendaftar apabila dibuka tarikhnya nanti. Simpan link ini ==> https://gkp.hasil.gov.my

Syarat lain untuk anda menerima bantuan GKP ini adalah:

i. Berstatus Warganegara Malaysia

ii. Berstatus PKS dan mempunyai jualan tahunan yang tidak melebihi RM300,000 setahun

iii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang tidak termasuk pemilik

iv. Berdaftar dengan SSM, LHDN atau PBT

v. Masih aktif menjalankan perniagaan

Di dalam program PEMULIH ini, bantuan RM1,000 akan diberikan secara one-off iaitu pada September 2021 dan November 2021

Kepada yang pernah menerima GKP sebelum ini, bantuan ini akan diterima secara automatik dan anda tidak perlu memohon sekali lagi


Semoga bermanfaat!




Post a Comment

0 Comments