KENAPA PILIH BISNES ENTERPRISE

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Mengikut statistik SSM, lebih 7 juta perniagaan didaftarkan di bawah label Enterprise (Milikan Tunggal dan Perkongsian) berbanding pendaftaran sdn bhd hanya 1 juta lebih dan PLT 21 ribu pendaftaran

Sumber: Laman sesawang SSM

Mengapa masih ramai yang berdaftar di bawah label Enterprise walaupun ramai yang mencanangkan ianya tidak selamat dan tidak digalakkan. Saya akan kupas lima sebab utama, Enterprise selalunya menjadi pilihan No.1 rakyat Malaysia

SEBAB PERTAMA

Kos pendaftaran yang sangat murah
Dengan hanya minima RM30 anda sudah boleh menjalankan perniagaan dan membuka akaun bank atas nama perniagaan anda berbanding Sdn Bhd yang kos pendaftarannya adalah biasanya RM2,500

Lesen atas nama kad pengenalan anda adalah RM30, manakala atas nama tred adalah RM60

Kami ada buat video santai tentang kos ini di youtube, jemput tonton - https://youtu.be/7vQMgetn5sM


SEBAB KEDUA

Kos pengurusan yang tidak membebankan
Menguruskan Enterprise tidak melibatkan kos yang tinggi kerana bisnes Enterprise tidak perlu mempunyai Setiauasaha Syarikat berlesen dan juruaudit yang kosnya boleh mencecah ribuan ringgit

Enterprise hanya perlu memperbaharui lesen setahun sekali atau lima tahun sekali sahaja


SEBAB KETIGA

Proses menamatkan perniagaan yang sangat mudah dan murah dengan Enterprise. Jika perniagaan anda tidak menjadi, anda cuma perlu ke kaunter untuk mengisi borang penamatan perniagaan dan perniagaan anda akan dibatalkan dalam masa beberapa jam

Tetapi untuk Sdn Bhd, anda perlu menyediakan laporan kewangan terkini dan laporan audit terkini sebelum membuat permohonan untuk "strike-off". Proses ini akan berlanjutan berbulan-bulan sekiranya ada perkara berbangkit yang disoalkan oleh SSM


SEBAB KEEMPAT

Kadar peratusan cukai yang rendah iaitu dari 0% sehingga 30% berbanding Sdn Bhd yang bermula dengan 17%. Sekiranya keuntungan bercukai anda adalah rendah, adalah tidak berbaloi untuk anda menubuhkan Sdn Bhd atas alasan penjimatan cukai

Bayangkan dengan keuntungan RM100,000 anda hanya perlu membayar cukai RM10,900 di bawah label Enterprise tetapi anda perlu membayar RM17,000 jika anda mempunyai syarikat Sdn Bhd

Anda jimat RM6,100!


SEBAB KELIMA

Kadar penalti yang rendah. 

Jika anda tidak memaparkan nama dan nombor pendaftaran SSM di laman web perniagaan anda, kadar penalti adalah berbeza untuk kesalahan yang sama, mengikut label perniagaan anda. 

Lihat dua poster dibawah, apa perbezaannya





Sekiranya, anda adalah pemilik Enterprise, uruslah dengan baik dan betul kerana tidak kira apa label perniagaan anda kebarangkalian untuk berjaya tetap juga sama

Panduan lengkap perniagaan Enterprise dari awal daftar SSM ada di  pautan di bawah

Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments