Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Kini anda mendaftarkan perniagaan anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan lebih mudah iaitu secara dalam talian
Berikut adalah panduan untuk anda menggunakan portal SSM untuk mendaftarkan perniagaan dan urusan-urusan lain yang ditawarkan
Langkah 1
Daftar ID untuk pertama kali di https://ezbiz.ssm.com.my dengan menekan butang "Sign Up" dan isi maklumat yang diperlukan
Langkah 2
Setelah mendapat pengesahan, anda boleh "Sign In" dengan memasukkan Username & Password di https://ezbiz.ssm.com.my
Pengesahan ini perlu dilakukan di kaunter SSM untuk pengesahan ibu jari dan sepanjang PKP, anda boleh melakukan pengesahan secara email dan dalam talian
Langkah 3
Klik MyBiz Services - New Business untuk memulakan pendaftaran
Langkah 4
Isi segala butiran berkenaan maklumat perniagaan anda yang baru
Langkah 5
Buat pembayaran secara dalam talian atau kaunter pejabat SSM
Langkah 6
Tunggu keputusan dan jawab Query jika ada
Cara untuk semak Query anda adalah di My Business Service - List New Business - Query
Bagi permohonan yang ada Query - 24 jam selepas Query dijawab
Langkah 7
Download Sijil dan maklumat SSM jika telah lulus
Permohonan akan diproses mengikut waktu berikut:
Sebelum 12 tengah hari - Akan diproses sebelum 5pm pada hari yang sama
Selepas 12 tengah hari - Sebelum 12 tengahhari pada hari bekerja berikutnya
Hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum - Sebelum jam 12 tengah hari pada hari bekerja berikutnya
Anda boleh memilih sama ada untuk mendaftarkan perniagaan secara milikan tunggal ataupun perkongsian.
Perniagaan milikan tunggal didaftarkan atas nama seorang individu manakala perkongsian pula boleh didaftarkan ke atas lebih dari seorang individu
Jika sukar bagi anda untuk mohon pendaftaran ini sendiri, boleh minta bantuan di sini - https://amaniacademy.com/order/form/ESSM/607
Semoga bermanfaat!
===========================================
Setelah sudah ada perniagaan, anda tentu perlukan panduan perniagaan di sini -
0 Comments