Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Setelah mendaftarkan perniagaan, perkara yang juga perlu kita lakukan adalah mendaftarkan perniagaan kita untuk fail cukai.
Walaupun bisnes baru sahaja bermula, fail cukai perlu didaftarkan awal-awal supaya anda sedar perkara yang perlu dilakukan setiap tahun
Di sini, saya kongsikan langkah demi langkah panduan mendaftarkan fail cukai anda
Langkah 1
Pergi ke laman web ini - https://edaftar.hasil.gov.my dan klik "Daftar Individu"
Langkah 2
Sebelum anda mendaftar, apa kata anda semak dahulu sama ada anda telah berdaftar ataupun belum di https://edaftar.hasil.gov.my/semaknocukai/index.php
Langkah 3
Isi segala maklumat yang diperlukan kecuali di bahagian Maklumat Ejen Cukai
Langkah 4
Anda mungkin akan terus dapat nombor fail cukai yang berformat berikut OG - XXXXXXX melalui email yang didaftarkan semasa mengisi borang
Langkah 5
Hantarkan salinan kad pengenalan dan sijil pendaftaran perniagaan SSM di sini - https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/CustFeed-1.aspx?cat=Permohonan
Langkah 6
Simpan nombor fail cukai ini dan anda boleh mendapatkan pula nombor pin e filing. Nombor pin e-filing ini diperlukan untuk tujuan login kali pertama ketika ingin mengisi borang cukai
Langkah 7
Ulangi langkah 1 semula untuk perniagaan di bawah label perkongsian dengan klik "Daftar Perkongsian"
Insya-Allah saya akan kongsikan pula panduan mendaftarkan nombor pin e-filing di posting seterusnya. ika sukar untuk anda memohon nombor fail cukai ini sendirian, mohon bantuan di sini - https://amaniacademy.com/order/form/EDAFTAR/607
Semoga bermanfaat!
++++++++++++++++++++
Panduan Mengisi Borang Cukai Enterprise Langkah Demi Langkah
0 Comments