Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Khas bisnes owner, cuba lakukan ini:
1/ Rekod duit yang kita guna untuk bisnes. Tidak kiralah ketika itu kita menggunakan duit bisnes ataupun duit sendiri
2/ Selepas itu asingkan kegunaannya, samaada ianya kegunaan diri sendiri atau memang untuk tujuan urusan bisnes
3/ Jumlahkan kedua-duanya dan lihat yang manakah perbelanjaan yang banyak
4/ Jika kegunaan sendiri melebihi kegunaan bisnes, urus kewangan peribadi dahulu sebelum urus kewangan bisnes
5/ Ramai bisnes owner terjerat, lingkup dalam bisnes kerana gagal dalam mengurus kewangan sendiri
6/ Cari bantuan AKPK jika anda tidak mampu uruskannya sendiri atau berunding dengan pihak bank yang bagi anda pinjaman tersebut
7/ Memang bisnes owner kena ambil gaji. Tetapi ambillah amaun yang munasabah iaitu paling minimum yang mahu digunakan.
8/ Ingat! Lagi tinggi overhead lagi tinggi sales target anda kena capai
“Biasakan yang betul, betulkan yang biasa”
0 Comments