Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah.
Assalammualaikum. Salam Sejahtera
Untuk bisnes owner
Masa yang ada, duduk berbincang. Masa yang ada, duduk berfikir
1/ Sediakan satu kertas, tulis isu penting yang perlu dibincangkan
2/ Berkumpul dengan orang kepercayaan dan orang kanan syarikat
3/ Buka isu satu persatu. Senarai sebanyak mana solusi yang ada. Jangan reject!
4/ Detailkan satu persatu solusi, pro dan kontra
5/ Lantik individu yang sesuai untuk solusi terbaru dan senaraikan apa yang perlu dibuat. Catit!
6/ Semasa perbincangan; jangan mengumpat, say no to negative vibes, berhenti bila lapar dan jangan angkat telefon selain kecemasan
7/ Letak tarikh tamat kepada semua solusi
8/ Pantau secara harian kepada perkara yang sangat penting dan mingguan kepada isu yang kurang penting
9/ Sediakan rancangan tambahan jika perkara yang dirancang tidak menjadi
10/ Berserah dan bertawakal semoga baik-baik sahaja perjalanan kehidupan kita dan bisnes di zaman COVID yang semua masing mencari keserasian yang abadi
Kita buat, kita dapat
0 Comments