10 KETAKUTAN ORANG BISNES

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah. Assalammualaikum

10 ketakutan orang bisnes
Ketakutan ini penyebab bisnes anda stuck dan kena strok




1/ Takut orang kata
Kata orang tak bawa ke mana. Yang perlu ditakut bila kita buat perkara yang Allah larang

Betulkan balik mindset

2/ Takut duit habis
Duit akan habis dan tidak berganda bila anda tidak track mana perginya duit 

Know-know finish..

3/ Takut produk tak laku
Terlalu takut pun tak boleh. Over confident lagilah jangan. Buat perancangan dari A sampai Z. Back up dengan plan jika ini berlaku, apa nak buat

Kalau jadi juga, nak buat bagaimana. Tanya soalan-soalan ini sebelum mula

4/ Takut nak hire pekerja
If you want to go fast, go alone. But if you want to go far, go together

Ingat ye dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.

5/ Takut pesaing sailang 
Ini namanya rezeki. Makanan yang dah suap ke mulut pun boleh keluar semula jika bukan rezeki kita. Mesti ada hikmahnya

6/ Takut tak cukup tidur
Di dunia memang bukan tempat berehat wahai usahawan

7/ Takut anak kurang perhatian
Orang tak buat bisnes pun anak terabai

8/ Takut pasangan lari
Dia bukan yang terbaik

9/ Takut bakal mertua tak suka
Pandai-pandailah ambil hati. Mereka nak kan assurance sahaja

10/ Takut tambah ilmu
Paranoid sebab katanya selalu salah mentor. Perbaiki diri kita dahulu, InsyaAllah kita pun akan jumpa mereka yang betul. Nak berjaya kena tempuh kegagalan dahulu

Semua dari ketakutan pertama hingga terakhir akan hilang bila anda ada ilmu. Banyakkan membaca buku-buku ilmiah supaya ketakutan kita tidak sia-sia

“Biasakan yang betul, betulkan yang biasa”

Post a Comment

0 Comments