S.Y.U.K.U.R

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Mula hari ini dengan bersyukur





1. Masih diberikan kesihatan yang baik walaupun ada orang yang terlantar di ICU berbulan-bulan

2. Masih diberikan peluang untuk disayangi dan menyayangi ketika ada mereka yang dipinggirkan keluarga dan dipulaukan

3. Masih ada pekerjaan untuk sara kehidupan di saat mereka yang lain bertungkus lumus naik turun tangga pejabat untuk temuduga

4. Kita masih ada perniagaan walaupun untung yang nipis di kala orang lain kerugian sehingga terpaksa menjual harta peribadi dan bankrup

5. Ada yang sudi menegur kesilapan kita dengan cara yang berhemah daripada menegur secara parodi dan menjadikan bahan jenaka di alam maya dan realiti


Bersyukur menjadikan lebih tenang
Lihat mereka yang di bawah, di kala kita di saat sukar
Berhenti banding membanding dengan rezeki orang lain kerana Allah Maha Adil 

Alhamdulillah
Nikmat Tuhan Yang Manakah Kau Dustakan

Post a comment

0 Comments