PERKARA "TIDAK BOLEH" DALAM BISNES

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Banyak perkara yang "tidak boleh" dalam kehidupan. Sejak kita kecil sehinggalah dewasa. Perkata "tidak boleh" ini lah yang menjadikan kita manusia berguna sekarang


Dalam bisnes pun ada perkara ini, cumanya bagaimana kita menguruskannya akan membezakan status bisnes kita masa hadapan



1. Tidak boleh MALU apabila berbisnes
Malu ini boleh menjadi penghalang untuk bisnes berkembang. Malu lah kepada perkara yang selayaknya, seperti malu melakukan kejahatan


2. Tidak boleh MALAS dalam merekod
Nampak clichè tetapi malas ini lah yang menyebabkan anda berniaga syok sendiri. Rasa macam banyak duit, rupa-rupanya duit orang


3. Tidak boleh MUDAH KASIHAN
Sebagai pemilik bisnes, anda perlu ada perwatakan yang betul. Mudah kasihan yang terlampau akan memberi kesan besar kepada bisnes. Mudah kasihan kepada pekerja, mereka akan mengambil kesempatan. 


4. Tidak boleh bekerja dengan CINCAI
Setiap apa yang dibuat di dalam bisnes hendaklah ada SOP-nya. Tugasan yang dilakukan dengan "asal boleh" mengakibatkan banyak kesan buruk. Kualiti tidak dijaga, customer lari dan viral


5. Tidak boleh ada sedikit pun perasaan HASAD DENGKI
Sifat ini sebenarnya menghapuskan kebaikan & kebajikan umpama api yang membakar dan menghanguskan kayu bayar. Kesannya, kehidupan kita tiada berkat dan rezeki susah nak lekat


Jom "Biasakan yang betul, betulkan yang biasa"


Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments