CARA KIRA CUKAI BISNES 2020


Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Tiga langkah mudah, kira cukai bisnes untuk tahun 2020. Baca sampai habis dan cuba buat. Jangan tangguh-tangguh ye 



Katakan "pendapatan kena cukai" korang adalah RM53,000



Langkah 1


Gambar pertama ada jadual cukai pendapatan 2020. Jangan salah rujuk, kerana ada tahun yang berbeza jadualnya





Langkah 2


Lihat kolum "Banjaran Pendapatan Bercukai"


RM53,000 adalah di banjaran ke lima iaitu RM50,001 sehingga RM70,000





Langkah 3


Apabila kita tahu, RM53,000 ada di banjaran ke lima, kita sudah boleh kira cukai kena bayar


Salin 3 formula ini:


i. RM50,000 pertama adalah RM1800
(amaun ini kita ambil direct daripada jadual cukai)


ii. Baki RM3,000 X 14% iaitu RM420
(14% juga adalah dari jadual cukai. % akan berbeza di setiap banjaran)


iii. Jumlahkan RM1800 + RM420
Jadi RM2,220 adalah amaun cukai yang kena bayr di LHDN pada atau sebelum 30 Jun 2021



Boleh lah mula kumpul sedikit demi sedikit dari sekarang
Barulah cashflow tak sangkut 😊



Nota: Pendapatan kena cukai adalah untung bersih yang telah di "cuci" dengan belanja yang LHDN tidak benarkan dan yang telah di tolak pelepasan cukai yang layak



Banyak lagi boleh belajar tentang cukai bisnes dalam ebook - https://amanimanagement.onpay.my/order/form/ebook3/111


Semoga bermanfaat!




Post a comment

0 Comments