TIGA RUTIN MEREKOD AKAUN BISNES

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera



Apa itu REKOD AKAUN?

Secara mudahnya, merekod akaun adalah satu aktiviti menulis setiap transaksi bisnes termasuk duit masuk dan keluar untuk menghasilkan laporan kewangan


Aktiviti merekod akaun ini sangat bagus apabila dijadikan aktiviti rutin bisnes. Saya kongsikan rutin merekod akaun sebagai idea kepada anda untuk mengurus jabatan akaun dengan lebih santai


RUTIN HARIAN

1. Menyusun atur bil dan resit mengikut jenis dokumen setiap hari berbanding mengumpulkan kesemuanya di satu tempat

2. Cetak setiap slip transaksi bank yang di buat setiap kali transaksi selesai

3. Cetak invois pembekal yang diterima secara email atau wasap


RUTIN MINGGUAN

1. Merekod setiap transaksi mengikut jenis dokumen yang telah diasingkan sebelum ini

2. Rekod setiap jualan dan duit masuk

3. Rekod segala duit keluar bank atau tunai


Rutin ini juga boleh dijadikan rutin harian, bergantung kepada kemampuan anda


RUTIN BULANAN

1. Rekod lebih lengkap menggunakan sistem atau excel

2. Dapatkan penyata laporan untung rugi

3. dan Penyata Kunci Kira-Kira

4. Buat rumusan atau perbincangan berkenaan prestasi bisnes bulan tersebut


Ulangi proses ini setiap bulan sehingga dapat menghasilkan laporan kewangan tahunan untuk persediaan cukai nanti


"Anda buat, anda dapat"


Semoga bermanfaat!




Post a Comment

0 Comments