ENTERPRISE TIDAK PERLU AUDIT

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera


"Saya dapat surat audit dari LHDN" 

"Coach kata Enterprise tidak kena audit"




Tuan Puan hadirin sekalian

Jalan menyalahkan takdir atau manusia lain kerana kejahilan kita sendiri


Dua perkara anda perlu jelas iaitu:


1. Enterprise, PLT dan Sdn Bhd 

Semua entiti perniagaan mempunyai kemungkinan untuk di audit oleh pihak luar seperti LHDN, KWSP, PERKESO dan pihak mahkamah jika dirasakan perlu

Tidak kira apa status bisnes anda, jika syarikat anda bertuah, anda akan mendapat surat untuk memberikan kerjasama


2. Sdn Bhd sahaja

Mengikut Akta Syarikat 2015, perniagaan yang berlabel Sdn Bhd hendaklah mengemukakan laporan audit setiap tahun untuk diserahsimpan di Suruhanja Syarikat Malaysia 

Laporan audit perlu dikeluarkan oleh juruaudit luaran yang bertauliah 

Enterprise dan PLT tidak diwajibkan untuk diaudit. Mereka hanya diwajibkan menyediakan laporan akaun untuk terus isytihar pendapatan di LHDN


Sudah jelas?

Walaupun Enterprise dan PLT tidak diaudit, ianya tidak memberikan anda keistimewaan untuk menipu atau tidak membuat pelaporan yang betul di dalam laporan kewangan anda


"Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa


Semoga bermanfaat!




Post a comment

0 Comments