DUA LAPORAN AKAUN YANG PENTING UNTUK DECLARE CUKAI

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera




Banyak jenis laporan kewangan yang anda boleh hasilkan untuk bisnes anda tetapi saya lebih suka tekankan kepada dua jenis ini sahaja


Walaupun nama tidak fancy tetapi inilah laporan kewangan yang anda kena lapor kepada LHDN semasa isi borang cukai nanti


PENYATA UNTUNG RUGI


Penyata ini akan menyatakan amaun keuntungan bisnes anda untuk sesuatu tempoh perniagaan contohnya untuk setahun iaitu 12 bulan


Di dalam penyata untuk 12 bulan, ianya akan menunjukkan jumlah jualan dan perbelajaan perniagaan anda untuk 12 bulan tersebut secara kumulatif


Penyata ini juga dikenali sebagai "Statement of Comprehensive Income" atau Penyata Pendapatan Komprehensif


PENYATA KUNCI KIRA-KIRA


Kunci kira-kira adalah laporan yang menunjukkan keadaan syarikat anda secara keseluruhan pada satu-satu masa contohnya pada 31 Disember dan angka di dalam penyata ini wajib seimbang.


Di dalam penyata ini menunjukkan nilai aset yang dimiliki, liabiliti dan ekuiti syarikat pada tarikh berkenaan. Contoh: baki akaun bank pada 31 Disember dan baki hutang syarikat pada 31 Disember


Penyata ini dikenali juga sebagai "Statement of Financial Position" atau Penyata Kedudukan Kewangan


"Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa"


Semoga bermanfaat!




Post a Comment

0 Comments