Dapat Surat LHDN?


Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini sahaja 3 bisnes dapat surat cinta dari LHDN, semalam 2 bisnes. 
Aduh! Nak tunggu apa lagi tu





Saya sediakan panduan ini untuk anda follow jika dapat surat tersebut

1. Jangan panik dan jangan juga abaikan

2. Baca betul-betul kandungan surat

Mungkin pegawai nak audit akaun anda yang sebelum ini dihantar atau mereka sudah kirakan cukai untuk anda bayar

3. Jika untuk diaudit, sediakan semua dokumen yang telah disenaraikan.

Ini normal. Itu sebab kena simpan dokumen selama 7 tahun. Pegawai nak semak sama ke apa yang anda declare dalam borang cukai dengan bil dan resit yang ada

4. Jika tidak pernah declare dan tiba-tiba LHDN suruh bayar cukai puluh-puluh ribu

Nasihat pertama saya, jangan kalut bawa semua dokumen ke LHDN

5. Cari konsultan atau akauntan atau freelancer berpengalaman untuk bantu anda rekod akaun sampai hantar borang cukai dari TAHUN PERTAMA ANDA BISNES.

Jangan buat sendiri akaun tahun-tahun lepas. Buang masa dan belum tentu betul

Dalam kelas pun saya selalu cakap, rekod akaun tahun semasa sahaja. Backlog outsource!
Yang belum dapat surat, better mula dari sekarang sebelum terlambat

Kepada yang mahu team saya bantu, isi maklumbalas ini dengan lengkap. Esok pagi-pagi kami consult dan bantu - https://forms.gle/TRoitotKATm2ghLV7



Semoga bermanfaat!


Post a Comment

0 Comments