CHECKLIST PERTAMA SEBELUM MEREKOD AKAUN

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera





Saya sangat tekankan satu perkara sebelum satu perkara, apabila anda buat keputusan untuk belajar merekod akaun anda sendiri

Sebelum mula merekod akaun, satu perkara yang anda perlu pastikan, ianya telah lengkap adalah dokumen syarikat. Bil dan resit syarikat adalah dokumen yang penting kerana tanpa dokumen ini anda tidak tahu di mana anda nak mula merekod

Lama kelamaan, percayalah anda tidak akan mula merekod langsung kerana putus asa

Saya senaraikan dokumen yang wajib anda sediakan sebelum bermula:


1. Penyata bank

Sebenarnya, penyata bank adalah digunakan untuk menyemak rekod anda dan rekod bank samaada betul atau tidak. Bukannya anda rekod sahaja apa yang ada di dalam penyata bank.

Tidak kiralah anda guna bank personal atau bisnes, anda tetap kena simpan jika ianya ada aktiviti bisnes

Ramai yang buat tetapi ianya tidak semestinya betul


2. Laporan jualan / Invois Jualan / Resit

Ini sepatutnya menjadi master rekod anda berkaitan jualan. Segala jualan setiap bulan perlu disimpan di dalam satu fail. Tidak kira anda terima duit melalui bank atau tunai ianya tetap dipanggil jualan


3. Dokumen duit keluar / slip transaksi bank / Payment Voucher / Cash Voucher 

Ada duit masuk tetapi tiada tiada bukti keluar itulah yang menyebabkan untung anda tinggi dan membawa kepada amaun cukai bisnes yang juga tinggi

Segala duit keluar dari akaun bank atau tunai bisnes, walaupun bukan tujuan bisnes wajib disimpan baik - baik (repeat baca ayat ini)


4. Dokumen duit keluar / slip transaksi bank 

Menggunakan duit sendiri untuk urusan bisnes adalah salah satu belanja yang boleh mengurangkan cukai. Rugi sangat jika ianya tidak dikumpulkan kerana di anggap memberi sedekah kepada bisnes

Anda perlu merekod perbelanjaan tersebut sebagai perbelanjaan dari poket pemilik bisnes. 

Empat jenis dokumen yang saya senaraikan ini adalah yang paling asas anda perlu sediakan sebelum merekod. Tidak kira bisnes anda online atau offline, anda tetap ada dokumen bisnes. Cuma anda nampak atau tidak sahaja


Semoga bermanfaat!




Post a Comment

0 Comments