Bulan Majikan


Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Bulan Februari dan Mac adalah bulan khas untuk majikan. Jika anda seorang majikan, 7 perkara ini anda wajib tahu:

1. Daftar nombor fail majikan E 




2. Lapor pendapatan pekerja dalam penyata saraan daripada penggajian sebelum 28 Februari setiap tahun





3. Hantar Borang E pada atau sebelum 31 Mac melalui e-Filing setiap tahun 

4. Lapor pendapatan pekerja (tunai dan bukan tunai) dalam Penyata Saraan Daripada Penggajian (EA/EC)

5. Simpan dokumen dan rekod pekerja selama 7 tahun. Jadual gaji, slip gaji, penyata caruman dan sebagainya

6. Potongan Cukai Bulanan (PCB) mesti dipotong daripada saraan pekerja dan diremitkan sebelum / pada 15hb bulan berikutnya (guna e-PCB/e-Data PCB/ Kalkulator PCB) kepada pekerja yang layak

7. Lapor pemberhentian pekerja menggunakan CP22A atau CP22B dalam tempoh sebulan dan tahan bayaran (jika ada) untuk kes:

- Pekerja akan bersara
- Pekerja meninggal dunia
- Pekerja akan meninggalkan Malaysia (jika melebihi 3 bulan)
- Pekerja tertakluk kepada skim PCB tidak diremit/tidak dipotong



Jika masih belum jalankan tanggungjawab majikan, anda akan dikesan ketika menghantar Borang E ini


Jalankan sebelum terlambat, panduan asas HR untuk majikan boleh dapat di sini -https://amanimanagement.onpay.my/order/form/ebookhr/2

Post a comment

0 Comments