7 SEBAB ANDA PERLU REKOD TRANSAKSI BISNES

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Anda mesti kerap mendengar atau membaca yang setiap pemilik bisnes mesti merekodkan setiap transaksi bisnes mereka, tidak kira bisnes anda besar mahupun kecil

Di sini saya kongsikan, tujuh sebab anda perlu ada rekod akaun selain dengar apa orang kata:




1. Monitor bisnes anda

Transaksi yang direkod boleh digunakan untuk anda monitor prestasi bisnes setiap bulan. Anda boleh monitor julan, supaya tahu produk yang mana pelanggan suka, contohnya


2. Tahu keadaan sebenar

Dengan adanya laporan kewangan, anda sedar di mana keadaan bisnes anda sendiri. Anda tahu, berapa lagi target jualan yang perlu anda capai bulan ini dan adakah jumlah jualan tersebut boleh menanggung semua kos overhead syarikat


3. Mudah untuk persediaan cukai

Amaun cukai kena bayar, hanya boleh anda dikira apabila anda mempunyai laporan akaun yang lengkap.


4. Signal awal bisnes

Apabila anda merekod setiap hari dan menghasilkan laporan kewangan setiap tahun, anda boleh kenalpasti signal awal sekiranya bisnes anda di dalam masalah kewangan atau masalah pengurusan yang lainnya


5. Tiada lagi masalah cash flow

Ini adalah masalah yang selalu terjadi kepada pemilik bisnes. Apabila cash flow anda tidak terurus, bisnes anda lebih mudah "lingkup"


6. Diwajibkan oleh undang-undang

Merekod transaksi adalah salah satu proses untuk persediaan borang cukai. Oleh itu, mengisytihar pendapatan di LHDN tanpa ada rekod akaun adalah salah dari segi undang-undang. 


7. Boleh kawal budget 

Rekod akaun setiap bulan dapat memastikan bisnes anda menggunakan perbelanjaan mengikut bajet yang telah ditetapkan. Lagi terkawal anda, lagi banyak simpanan bisnes anda


Kongsikan, sebab anda merekod akaun bisnes dan sebab anda tidak mula-mula lagi merekod akaun di komen


Semoga bermanfaat!



Post a Comment

0 Comments