Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Tidak salah untuk anda mengambil gaji dari bisnes anda sendiri, yang tidak tepat adalah amaun yang anda ambil tersebut. Saya kongsikan 4 cara yang ramai pemilik bisnes lakukan dan apa kesannya kepada bisnes anda
1. Gaji atas jualan
Ini bagi mereka adalah sumber inspirasi untuk mereka cari jualan lebih.
Lagi tinggi jualan, lagi tinggi gaji.
Jualan Januari RM10,000
Jadi gaji Januari adalah RM5,000 iaitu 50% daripada jualan
Kesannya, baki yang tinggal 50% yang tinggal, bisnes perlu berjimat untuk kos supplier, packaging, utiliti gaji pekerja lain dan simpanan kecemasan
Bagi saya, ini adalah mindset salesman bukannya mindset pemilik bisnes
2. Gaji atas untung
Nampak sedikit bijak
Bila untung naik, gaji naik
Tetapi bila untung turun, gaji turun
Kesannya, apabila bisnes mengalami kerugian, adakah anda sanggup tiada gaji?
Bagaimana anda mahu menyelesaikan komitmen peribadi anda setelah berbulan-bulan ada gaji mewah
3. Gaji sukahati
Ada duit sahaja dalam akaun, terus guna
Sampai baki tinggal sepuloh ringgit
Kesannya, anda bukan hanya gagal mengurus kewangan bisnes tetapi juga akan gagal mengurus kewangan peribadi
4. Tidak ambil gaji langsung
Ini biasanya berlaku apabila bisnes tersebut adalah bisnes part time
Anda ada gaji sendiri yang sedia cukup dan tidak ambil gaji dari bisnes part time tersebut
Kesannya hanya pada laporan kewangan yang dilihat sangat "clean". Bila ada pembayaran gaji yang teratur di laporan kewangan membawa maksud bisnes anda dilihat lebih kukuh
Insya-Allah, saya akan kongsi beberapa cara untuk anda set gaji anda sendiri di post akan datang.
Gambar sekadar hiasan |
Semoga bermanfaat!
0 Comments