SIMPAN RESIT PEMBELIAN DARI SHOPEE

Teks: Hazwani Abd Hamid


Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Apabila membeli barang secara online, kita selalu terlupa untuk simpan kemas resit pembelian


Ironinya, tidak semua platform / peniaga online “rajin” menghantar email atau menyelit resit pembelian semasa kurier barang kepada anda


Ingat! Kawal apa yang boleh kita kawal


Saya kongsikan beberapa alternatif supaya kita ada resit atau bukti pembelian untuk mudah kita rekod akaun nanti 


Alternatif 1 - Simpan slip transfer bank dan snap barang yang di beli. Print dan masuk dalam fail akaun


Alternatif 2 - Message seller untuk pos/email resit. Tak cuba, tak tahu


Alternatif 3 - Print screen dari aplikasi online tersebut. Saya bagi contoh shopee. Boleh rujuk gambar satu demi satu untuk penerangan





Moga bermanfaat!



Post a Comment

0 Comments