PANDUAN KIRA ZAKAT PERNIAGAAN

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Ramai dah rakan-rakan yang update bayar zakat di kaunter untuk tahun 2020. Alhamdulillah. Moga ekonomi umat islam lebih kukuh bila ramai yang menyumbang


Anda boleh ke kaunter atau boleh juga kira dan bayar secara online. Sistem akan kirakan untuk anda (depends kepada pusat zakat negeri anda)


Di gambar ada baca panduan kira zakat secara online. Sumber - https://www.zakat.com.my


Klik "KIRA ZAKAT" untuk ikut step by step yang pusat zakat dah sediakan


Pilih zakat perniagaan jika anda menjalankan perniagaan. Banyak kan nama-nama zakat. Ada masa boleh tengok satu persatu supaya harta kita betul-betul dapat disucikan


Ada 2 kaedah. Pilih ikut pilihan anda. Tetapi sebelum nak isi maklumat di sini, anda wajib ada laporan kewangan



Masukkan angka yang ada dalam laporan kewangan dan jumlah zakat akan dikira secara automatik dan terus boleh buat pembayaran. Jangan lupa print penyata / resit untuk bukti kepada LHDN nanti


Ini pula adalah kaedah modal kerja. Anda perlu ada Kunci Kira-Kira untuk isi angka di sini



Amaun zakat juga akan dikira secara automatik dan anda boleh buat pembayaran terus



Di portal zakat hanya mengambilkira 2.5% zakat yang wajib di bayar oleh anda tetapi bagi Enterprise peluang untuk anda convert 100% amaun cukai kepada zakat jangan disia-siakan


Setiap 31 Disember adalah tarikh akhir untuk anda bayar zakat dan menjadikan anda layak tuntut pelepasan cukai nanti


Semoga bermanfaat!



Post a comment

0 Comments