4 Software Akaun Paling Best di Malaysia

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Software akaun berpuluh ribu tidak akan menjamin anda mampu merekod dengan cemerlang kerana asasnya adalah ilmu akaun itu sendiri

Anda boleh memilih pelbagai software akaun yang ada di pasaran yang sesuai dengan keperluan bisnes dan kemampuan team anda

Saya kongsikan 4 software stand alone bukan portal bukan cloud based, untuk anda kenal-kenal. Perinciannya macam biasa di caption setiap gambar


Dulu nama software ini MYOB dari Australia. Apabila GST di Malaysia, kita beli dan tukar nama ke ABSS (Asian Business Software System (M) Sdn Bhd)

Saya suka software ini kerana tidak banyak songeh dan banyak short cut yang boleh saya siapkan kerja dengan lebih cepat. 

99% tidak perlukan pengetahuan debit kredit. Boleh juga rekod inventori yang straight forward


SQL Accounting software dibangunkan oleh orang software.

Ramai dah mula guna software ini kerana digandingkan dengan pos sistem. Bagus jika anda faham segala workflow

Jika tidak caca merbalah akaun anda. Apabila ianya melibatkan inventory, anda perlu rekod setiap transaksi mengikut unit

Nanti saya bincang lanjut bab ini. Tapi so far bagus untuk bisnes yang ada inventori



Ini pun lebih kurang caranya seperti SQL Accounting Software 

Boleh track inventory juga. Cuma ianya akan dirasakan kurang fleksibel, jika anda tiada pengalaman menggunakan software sebelum ini



Ini pula UBS Accounting atau SAGE UBS

Anda wajib tahu debit dan kredit. Salah isi anda akan terima nota "Account Not Balance"

Tetapi ini adalah antara software akaun yang terawal di Malaysia. Masa belajar dahulu, inilah software yang kami wajib lulus sebelum graduate


Semoga bermanfaat!




Post a comment

0 Comments