Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Semakin ramai pemilik bisnes yang dapat surat cinta dari lembaga atas macam-macam sebab untuk diaudit
Anda tidak perlu panik, jika anda bukan dari 10 golongan ini
1. Ada bisnes tapi tiada lesen SSM
2. Tidak pernah hantar borang cukai dari mula bisnes walaupun rugi, walaupun bisnes tidak aktif
3. Tidak bayar cukai bertahun-tahun walaupun layak. Tangguh dan tangguh
4. Bisnes tunai. Tidak pernah ada akaun bank. Kalau ada pun tidak aktif. Semua isi dalam peti besi
5. Ada pendapatan dari bisnes sampingan dan bekerja tetapi hanya declare gaji yang diterima sahaja
6. Ada 5 bisnes Enterprise tetapi hanya declare 3 sahaja. 2 lagi undercover sebab untung banyak
7. Hantar borang cukai tapi tiada laporan kewangan. Magik sangat
8. Hantar borang cukai dan ada laporan kewangan tapi salah sebab budak intern yang buatkan kadang-kadang staff marketing yang tolong rekodkan
9. Declare bisnes rugi tapi bermewah-mewahan dalam media sosial menayangkan baju branded, kereta
branded dan rumah branded
10. Anda tiada akaun bank bisnes, tidak simpan bil, invois, resit dan anda tidak simpan apa-apa. Semuanya anda buang
Audit LHDN adalah normal yang tidak normal adalah anda disabitkan salah sebelum anda diaudit
Semoga bermanfaat!
4 Comments
puan, nak tanya.. kalau kita buat 3 bisnes, macam mana nak masukkan data bisnes lain2 tu dalam efiling ya? sebab boleh masukkan cuma 1 je kan
ReplyDeleteHanya rekod data perniagaan yang utama sahaja yang lain tidak perlu
Deleteterima kasih puan.. ada lagi satu soalan puan, ada kawan minta tolong tanya..hehe.
Deletedia ni cuma buat insurans saja. adakah dia perlu tulis nama company insurans yang dia terima komisyen tu di bahagian Nama Perniagaan dan Kod perniagaan tu atau biarkan kosong je
Jika terima komisen dan tiada daftar SSM, perlu hantar Borang BE dan tidak perlu isi nama company.
Delete