Norma Baharu Industri Latihan

 Teks: Hazwani Abd Hamid


Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Bila dikenang semula saat diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara pada Mac lalu, rasa jiwa sangat sempit. Kelas yang telah disusun sejak dari awal tahun dan akhir tahun lepas sudah mula mendapat pendaftaran


Duit sudah diterima, kelas tidak dapat dijalankan


Bila pejabat tutup dan kelas ditunda. Kos overhead tetap berjalan. Bukan orang bisnes susah untuk faham situasi ini. Tapi tidak semua perkara kita perlu cerita. Hanya mengadu terus kepada Maha Esa


Pelbagai cara dibuat untuk pastikan, peserta berbaloi membayar dengan kami. Kami kumpulkan mereka di whatapps dan facebook, buat kelas secara online walaupun banyak kekurangan kerana pergerakan yang terhad tetapi kami terus mencuba


Akhirnya, kesabaran itu mendapat ganjaran bila PKPB dilaksanakan. Kami atur semula kelas yang sepatutnya 20 peserta sekali jalan, kami terhadkan kepada 6 orang sahaja pada satu-satu sesi


Alhamdulillah semua peserta telah kami lunaskan "hutang" pada Julai dan Ogos yang lepas. Sentiasa semat dalam hati, apa yang Allah telah rencanakan itu lah yang terbaik, cuma kita sahaja yang selalu berfikiran tidak baik.


Belajar bersangka baik.


Momen momen indah kelas secara kumpulan. Mungkin ini adalah yang terakhir. Kita terus berserah dan jangan berhentu berusaha

- Kelas Akaun Bisnes Excel

- Kelas Asas Cukai Enterprise





Sekian, jumpa lagi



Post a comment

0 Comments