Menjadi Usahawan yang disukai oleh semua orang

 Teks: Hazwani Abd Hamid


Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera




Hari ini, saya nak share tip bagaimana menjadi usahawan yang disukai semua orang hasil petikan dari buku 200 Tip Menjadi Usahawan Kaya iman Gaya Rasulullah

Walaupun kita belum mampu ke tahap itu, sekurang-kurangnya kita berniat untuk menjadi yang terbaik


Tip Pertama - Berlumba-lumba untuk bersedekah tanpa mengharapkan pujian dan nama. Contoh yang terdekat adalah Ustaz Ebit Lew. Beliau antara orang yang sampai dahulu di tempat yang diperlukan sedangkan ramai dari kita yang masih menuding jari


Tip Kedua - Berkawan dengan orang-orang yang pemurah untuk memotivasi kepada diri. Bila kita berkawan dengan mereka yang baik-baik, kita pun terikut untuk membuat kebaikan. Pilihlah sahabat yang baik


Tip Ketiga - Tidak mengungkit-ungkit pemberian kerana menyakiti hati yang menerima. Apabila kita memberi, kita harus lupakan kebaikan yang telah kita buat. Yakin kan dalam diri bahawa aku telah laksanakan satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan


Tip Keempat - Jangan menindas orang lain hanya kerana ingin mengaut keuntungan peribadi. Sebagai seorang majikan, anda perlukan ada sifat bersyukur dan merendah diri. Tidak bermakna mereka bekerja dengan kita, kita ada hak untuk menindas mereka


Tip Kelima - Banyakkan bermanis muka dan ramah apabila berdepan dengan orang sekeliling hingga menyenangkan hati orang yang mengenali kita walaupun anda dikenali sebagai "muka susah senyum" InsyaAllah semuanya bermula dengan hati yang tenang


Jadikan matlamat kita sebagai untuk memberi lebih utama daripada matlamat untuk menjadi kaya kerana apabila kita mengejar akhirat, duni akan ikut sekali


Wallahu a'lam


Post a Comment

0 Comments