Kedai Kek Viral Rawang


Teks: Hazwani Abd Hamid

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Personal coaching pada 6 & 7 Oktober lepas di sebuah kedai kek viral di Rawang. 

Kedai ataupun boleh dikatakan "kilang" yang semakin berkembang maju. Mereka mempunyai lebih dari 10 outlet di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor

Tahun ini merupakan tahun ke -11 saya mengendalikan personal coaching untuk pemilik bisnes, pekerja dan pengarah syarikat yang menggunakan software akaun. Ada software tetapi tiada ilmu akaun, tidak menjamin rekod yang anda buat adalah tepat dan boleh digunapakai

Disebabkan itu, saya "come out" dengan silibus yang mana peserta perlu ada asas akaun sebelum saya guide dengan cara menggunakan software akaun. Software akaun sangatlah memudahkan proses dan kerja harian kita jika kita sendiri tahu menggunakannya dengan betul

Silibus hari pertama adalah sesi suai kenal dengan asas akaun. Di mana kita akan kenal dan faham dengan kategori akaun yang bakal kita hadap sehari-hari. Bila faham kategori akaun, barulah kita dapat hasilkan laporan kewangan yang betul

Kemudian, anda akan diperkenalkan dengan feature di dalam software akaun. Feature yang boleh bantu akan melicinkan proses merekod. Di dalam myob, peserta tidak perlu tahu debit dan kredit. Anda hanya perlu faham proses urusniaga syarikat dan dokumen syarikat







Satu hari yang padat dengan latihan dan teori supaya esoknya anda bersedia untuk rekod dari dokumen sebenar bisnes anda

Saya suka tinggalkan peserta saya dalam keadaan mereka tahu nak buat apa lepas habis kelas

Semoga ilmu yang saya kongsi ini bermanfaat dan dapat bawa bisnes mereka ke satu tahap yang lebih tinggi dari sebelum ini

Rekod akaun adalah tulang belakang bisnes. Kita tidak tahu bisnes kita baik atau sebaliknya tanpa ada laporan kewangan


Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments