Join kelas sebelum lapor diri

 Teks: Hazwani Abd Hamid


Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Saya akan cuba compilekan cerita peserta kelas untuk motivasi kita bersama, rugi rasanya saya simpan sendiri. Perkongsian ini untuk saya tidak lupa dan untuk anda yang Insya-Allah bermanfaat


Julai lepas ketika membawa keluarga berjalan-jalan sekitar Melaka, team saya mendapat panggilan dari seorang wanita yang memerlukan bantuan kelas akaun. Beliau telah dua tahun berehat dari bekerja atas tuntutan keluarga dan kini dipanggil oleh rakan bos lama untuk mengisi kekosongan jawatan di pejabatnya


Apa yang menarik adalah, sebelum melaporkan diri beliau hadir ke kelas untuk "refresh" ilmu akaun yang mungkin telah dilupakan ketika tidak bekerja sementara tersebut. Tidak ramai, bakal pekerja di luar sana yang membuat persediaan untuk mula bekerja


Ini adalah penting untuk meningkatkan keyakinan anda dan juga membuktikan anda layak untuk jawatan tersebut. Di dalam keadaan dunia yang semakin mencabar, anda perlu "stand up" dari pekerja yang lain. Bukan hanya ianya memberi kesan positif kepada syarikat tetapi juga kepada perjalanan masa depan karier anda


Zero to Hero, 4 Julai 2020

Kelas 2 hari, perakaunan berkomputer







Post a Comment

0 Comments