Buat bisnes tanpa ada akaun bank bisnes

Teks: Hazwani Abd Hamid

Bismillah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera




Isu pakai akaun bank personal, isu besar yang diremehkan

Orang kata mudah. Saya kata; senang-senang dahulu, susah kemudian

Orang kata leceh. Saya kata; susah-susah dahulu, nanti senang kemudian

1. Bila guna akaun personal, anda cenderung untuk tidak disiplin dalam berbelanja

Duit masuk terus belanja. Duit ada terus pakai. Akhirnya bisnes tiada saving, bisnes tidak berkembang sehingga anda sudah tua

2. Kurang dipercayai prospek

Dengan banyak kes scammer, prospek lebih memilih dalam berurusan. Lagi-lagi dengan peniaga atas talian

3. Akaun bank anda dibekukan

Transaksi keluar masuk yang banyak berbanding akaun personal yang normal, mengundang tanda tanya bank
Akaun bank beku, bisnes anda akan terganggu

4. Pening nak rekod akaun

Macam cerita musang berjanggut, susah kan nak asingkan setiap rempah sebab campur aduk.
Bila anda campur transaksi personal dan bisnes, menyukarkan proses bila nak rekod akaun untuk isytihar pendapatan di LHDN

Akan kerap ada query dari Akauntan anda.
Kesannya lewat siap dan laporan kewangan sukar tepat

5. Cukai tinggi

Bila transaksi bercampur, besar kemungkinan cukai anda akan tinggi
Lebih banyak transaksi personal dari bisnes. Itu biasa bila tiada disipilin dan SOP dalam bisnes

“Biasakan yang betul, betulkan yang biasa”






Post a comment

0 Comments