Teks: Hazwani Abd Hamid
Bismillah
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Beberapa hari lepas, team saya ada membuat pembentangan berkenaan e-book hasil penulisan saya iaitu "Urus Enterprise Gaya Korporat" Ini adalah rutin bagi kami untuk bagi tugasan pembentangan kepada ahli team yang baru
Ada beberapa soalan beliau yang saya tertarik dan ingin berkongsi dengan anda semua. Inilah kehidupan, kita bukan hanya belajar melalui pendidikan rasmi, tetapi juga dengan pelbagai macam cara, antaranya pengalaman kehidupan dan pertanyaan dari orang sekeliling
Saya suka dengan soalan kerana Amani Academy terbentuk dengan soalan dan harapan followersnya. Alhamdulillah. Jikalau saya rasa, yang saya sudah cukup bagus, sudah tentu kami satu pasukan tidak akan berkembang seperti sekarang
Belajarlah mendengar, kerana dari situ ada ilham yang tersembunyi dari Ilahi :)
Kembali kepada soalan beliau, semasa dalam pembentangan iaitu perbandingan di antara Enterprise dan Sdn Bhd ada terma liabiliti terhad dan terma liabiliti tidak terhad
Di mana, syarikat mempunyai Liabiliti Terhad manakala Enteprise mempunyai Liabiliti Tidak Terhad
Apa perbezaan keduanya?
Liabiliti adalah tanggungan atau hutang yang dibuat oleh sesebuah perniagaan.
Sesebuah perniagaan yang mempunyai liabiliti pinjaman bank RM100,000 perlu melunaskan baki pinjaman sehingga selesai.
Itu yang biasanya kita tahu
Tapi apa akan jadi, apabila perniagaan tidak mampu untuk membayar hutang berkenaan? Bisnes semakin jatuh, simpanan semakin berkurangan dan mereka tidak mampu lagi untuk membayar ansuran pinjaman yang dijanjikan
Pada waktu inilah, terma tadi akan berperanan
Sebenarnya, bank boleh memaksa anda membayar baki pinjaman anda bagi pihak perniagaan menggunakan duit simpanan atau aset peribadi anda sendiri
Bezanya jika anda syarikat, amaun yang boleh di tuntut adalah bergantung kepada modal berbayar yang disumbangkan kepada syarikat sahaja
Tetapi tidak kepada Enterprise, pemilik perlu membayar kesemua amaun yang dihutang oleh perniagaan. Itu yang dinamakan tidak terhad
Realitinya, bank tidaklah sebegitu naif di dalam soal ini. Jika dilihat, kini pinjaman yang ingin dibuat oleh Sdn Bhd mestilah disertakan dengan nama penjamin. Bila anda sudah menjadi penjamin kepada syarikat anda Sdn Bhd, ini bermakna anda menanggung risiko untuk membayar balik semua baki pinjaman di kala syarikat tidak mampu untuk membayar semula
Oleh itu, rancang dengan baik pengurusan kewangan perniagaan anda. Tidak kira Enterprise atau Sdn Bhd, ukur baju di badan sendiri
Semoga bermanfaat!
0 Comments