TIPS URUS BISNES KECIL KEKAL LAMA

Teks : Hazwani Abd Hamid


Lima tips sempoi nak bisnes kecil kekal lama. Baca dan terus buat, barulah dapat 😊


.

Be Serius

Dari awal kita mesti letakkan bisnes kita ini sesuatu yang serius. Bila serius kita takkan buat bisnes main-main dan kita tak jadikan “renew” SSM sebagai hobi.


.

Be Honest

Duit bisnes itu hak bisnes walaupun bisnes tu “aku yang punya” Kayakan bisnes dahulu baru kayakan poket owner


.

Be The Man 

Jika kita buka bisnes dengan harapan untuk bergantung hidup dengan bisnes masa bisnes baru merangkak, itu adalah salah. 


Anda yang diharapkan oleh bisnes untuk pastikan bisnes boleh merangkak, bertatih, berjalan dan berlari. Bukan the other way around


.

Be Hardworking

Nak bisnes kekal lama mesti wajib jadi rajin. Tiada siapa yang nak paksa kita bangun dari tidur awal pagi melainkan diri kita sendiri


Tiada siapa paksa kita untuk stayback dan kerja weekends melainkan diri kita sendiri yang berminat untuk berjaya


.

Be Ready

Bersedia mental dan fizikal untuk tidak amalkan gaya hidup yang sama seperti makan gaji


Bersedia juga untuk tidak ada masa untuk bersosial terlalu kerap


Bersedia untuk terima kritikal dan pujian palsu 


Bersedia untuk tidak cerita kepada sesiapa segala kejayaan, kesenangan dan kesusahan 


“Work hard in silence, let your success be your noise”


.

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa


.

#coachbisnesenterprise

#kelasakaunbisnes

Post a comment

0 Comments